Sunday, February 7, 2010

88888888888888888888888888888
Photobucket

Lelaki Idaman
Artist: Melly Goeslaw

Oh tak pernah ku duga
Hidup ini menjadi berubah
Cahaya gemerlap di sini
Sinari setiap langkahku

Oh semenjak denganmu
Semua gundah menjadi berubah
Keyakinan semua tentang cinta
Kembali tumbuh di hati
Oh... ku bahagia
Ada engkau lelakiku

Di hatiku hanya ada kamu sayang
Di mimpi malam ku ada kamu sayang
Semua ini hanyalah untukmu sayang
Sebuah lagu tercipta hanyalah untukmu
Oh..asmara

Oh lelaki idaman
Memang kamu tak ada yang lain
Semua gambaran idola
Segalanya ada padamu

%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%

Selalu sangat di ketengahkan issue wanita idaman lelaki tapi sesekali nak gak kita tinjau lelaki
yang bagaimana rupa menjadi idaman wanita. Ce..wah best juga kan sesekali penilaian orang
perempuan di ambik kira oleh orang lelaki apamacam ada setuju ka? Kalau rajin teliti pendapat
lelaki tentang wanita-wanita yang dia orang idamkan sesekali tertelan air liur terasa pahit sangat
bukan aper sebab ciri-ciri yang selalu dia orang idamkan demand over-over sangat <<>
abang-abang melawak jer hehehe....

Jom cuit-cuit manja orang lelaki samada mereka memiliki kritiria-kritiria untuk menjadi idaman
wanita ngeh..ngeh..ngeh!!!

01. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA
**************************************************************
wow bestnya sebab tu di kategorikan no.1
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan
kaum perempuan..jika mereka sanggup
menyerahkan kuasa veto ke tangan
wanita..mereka akan menjadi lelaki macho
seantero dunia di mata wanita.
Kuasa veto yang diserahkan itu adalah kuasa
veto untuk menentukan segala tindak tanduk
dan aktiviti seharian suami ada dalam
pengetahuan isteri Selain itu wanita juga diberi
kuasa veto untuk menentukan siapa
kawan-kawan suami mereka; ini untuk
pastikan suami tak terikut-ikut perangai
yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga
beerti kita, kaum wanita berhak
sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki
membuat karangan bertajuk "BILA
DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap
kali mereka berhadapan dengan isteri ,
tunangan atau kekasih mereka.

02. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN
*************************************************
Apabila seseorang lelaki itu bersifat
cintakan damai, maka tenanglah hidup
mereka bersama wanita pilihan. Contohnya,
tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan
atau undian balik kampung siapa di
musim-musim raya . Lelaki begini
amat memahami dan sedar bahawa isterinya
telah bertungkus-lumus menjaga anak dan
jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung
isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah
setengah hari setahun aje balik kampung
sendiri daripada tak balik langsung dan
daripada bergaduh beramuk... lebih baik...
beralah kan..

03. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU
********************************************************
Inilah anta ciri-ciri menarik lelaki yang amat
di idamkan perempuan. Sokongan padu mereka
adalah sokongan padu yang amat padat, sendat
dan ketat kepada kaum perempuan untuk
memanjangkan masa-masa bersidang mereka
dengan teman-teman atau jiran tentangga.
Apabila mereka mula bersidang, lelaki
yang menyokong dengan sepenuh hati tidak
sesekali akan bertindak tegas atau
mengacau biarpun perut mereka waktu itu
sudah berkeroncong; mereka pandai
membawa diri dan perut sendiri tanpa
perlu menyusahkan isteri. Sungguh
bertuah siapa yang memiliki lelaki camni... !!

04. LELAKI YANG TIDAK KISAH
*************************************
Kriteria ni lagi best giler..ahakz!!!
Lelaki yang tidak ambil kisah
sangat samada kaum perempuan ni nak
memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas
atau pun tidak bila di rumah. Malah,
lelaki yang masuk dalam kategori lelaki
tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang
memberi kelonggaran sepenuhnya kepada
isterinya untuk menjadikan kedai
makan sebagai dapur nombor dua mereka.
Itulah yang menjadi idaman ramai wanita
HeHeHe!!!

05. LELAKI YANG PEMURAH
**********************************
Makin panas senarai kritiria ni huhuhu!!!
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang
pemurah adalah yang sentiasa rela dan
redha menyerahkan wang ke tangan
perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi
inilah cara paling baik untuk kaum
perempuan, terutamanya kaum isteri untuk
mengawal asap rokok yang disedut suami.
Paling penting langkahnya pun tidaklah
terlalu panjang dan matanya pun tidaklah
terlalu liar untuk memandang
perempuan-perempuan lain.


06. LELAKI YANG WANGI
******************************
Seimbang dengan fitrah kaum perempuan
yang memang dicipta sebagai makhluk yang
cenderung kepada kecantikan dan kebersihan.
Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian
akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan bau
apalagi yang kuku berkarat dan selekeh
macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak
markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu,
mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.
Boleh camtu cik abang sayang?


07. LELAKI YANG BERHATI-HATI
***************************************
Selalu berhati-hati dan tidak sewenang-wenang
mengkritik perempuan terutama tentang masakan.
Sebab... ketahuilah ye..apabila kaum perempuan itu
memasak,mereka bukanlah memasak untuk
dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu,
tentulah mereka memasuki peraduan masakan.
Jadi..biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan
itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak
sedap..'pulun dan tibai' aje le, ada faham !!!

08. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
*****************************************************************
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar
batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak .
Contohnya bila berada di dalam kedai perabot,
kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak
mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey kedai
tu..lelaki cuma perlu senyum saja.Jika hendak
melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu sepo-sepoi
bahasa gitu wokeh!

09. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR
*********************************************
Lelaki yang rajin dan pandai memberikan kata-kata
keramat untuk jadi penawar hati perempuan;
walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum
perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan
untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi,
hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis
lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki
akan menjadi penawar segala bisa.


10. LELAKI YANG PRIHATIN
*********************************
Mendengar dengan teliti apa yang perempuan cakap
bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..
dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan;
sebab cara mendengar begitulah yang biasanya
mendorong kaum perempuan jadi membebel,
bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu
pandai pulak nak menuduh yang perempuan ni dj baru
radio swasta pokpek.fm..kesalahan sendiri tak perasan..

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Moral of the story dari ciri-ciri di atas ni senang jer...
Orang perempuan ni kalau kena gaya (buka ga ya lam alif tau!)
bukan payah pun nak handle cam kerak nasi ajer..tau kan kerak
nasi waktu keras memang susah nak tanggal dari rice cooker
tapi andaikata anda guna petua dj MarCella kat BayuFm tu
pasti dengan mudah kerak nasi tu dapat di tanggalkan.
DJ MarCella petuakan siram air ateh kerak tu dan biarkan beberapa
minit maka lembut ler kerak nasi tu maka mudah ler di tanggalkan
dari rice cooker anda..hehehe!!!!

Perempuan akan bersikap cam tebuan apabila lelaki selalu mengambil
sikap acuh tak acuh terhadapnya. Stended ler orang perempuan ni
walaupun hatinya lembut bagai mentega tapi kalau salah perhitungan
dia akan jadi lebih keras dari konkrit umpama mutiara
kata kat bawah ni :-


"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN
MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH
LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

1 Comment:

  1. paCATGUNung said...
    erk! kalo markah 5/10 kira lulus tak?
    saya ada baca kat http://sidaratul.blogspot.com/2006/04/petua-60-petua-untuk-mendapatkan.html
    tip dari ~Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah~
    bagus jugak

Post a Comment