Monday, March 28, 2011

Biasanya sikap suka mengeluh dikaitkan dengan sikap negatif. Namun apa jua yang negatif, boleh ditukar menjadi positif. Bila ada yang positf, barulah ada motivasi. Positif sifatnya membina, negatif sifatnya memusnah. Keluhan boleh ditukar menjadi keluhan positif. Hal ini baik untuk memperbaiki diri anda dalam pelajaran, kerjaya, kekeluargaan, perniagaan,gunanya untuk membina jati diri lebih baik.

Bagaimana untuk mewujudkan keluhan positif?
Ia terjadi apabila kita terbuat satu kesilapan. Jangan mengeluh, sebaliknya belajar dari kesilapan. Terima kesilapan itu, fahami apa yang tak betul, kemudian buat balik dengan betul. Kita mengeluh sebab kita buat tak berapa bagus. Beranikan diri untuk gagal, beranikan diri buat kesilapan sebab kesilapan dan kegagalan adalah guru terbaik bagi seseorang yang mahu berjaya.
Keluhan positif wujud apabila kita merasa diri kita tidak berasa bagus, kemudian timbul keinginan untuk buat dengan lebih bagus di lain kali. Keluhan positif tidak perlu di lepaskan dengan mengeluarkan nafas beserta keluhan berat seperti mana kita mengeluh tatkala ditimpa masalah atau ditimpa kesusahan. Keluhan positif cukuplah sekadar dengan mengetahui kesilapan, terima kesilapan sebab kita buat tak berapa bagus selepas itu pasang tekad mahu buat yang terbagus di lain kali.

Kita sentiasa ada peluang membaiki diri, bezanya samada kita nak dan tak nak saja.
Seorang juara kekal menjadi juara sebab dia belajar dari kesilapan, dialah yang paling banyak menemui kesilapan. Pernah tak kita terfikir kenapa atlit terus menerus berlatih? Sebab mereka beranikan diri buat kesilapan supaya mereka tahu kelemahan mereka. Bila sudah tahu kelemahan, mereka akan memperbaiki kelemahan itu.

Aset utama juara adalah pengetahuannya.
Dia tahu apa yang salah dan apa yang betul. Dia tahu lebih banyak dari orang lain. Sebab itulah dia kekal jadi juara. Perbaikilah diri kita dari sehari ke sehari. Bila bangun pagi dan sebelum tidur, pasang niat di dalam hati kita mahu perbaiki diri kita pada keesokan hari.

Friday, March 25, 2011


Assalammualaikum
Dah 2 malam layan dengar lagu ni dan rasa tahap suka makin meningkat..kekeliruan dalam mencari sesuatu..

KELIRU ~ RUTH SAHANAYA

Di lubuk hatiku tersimpan
Ada rasa bimbang
Yang enggan ku ceritakan
Ternyata baru ku sadari
Sirnanya hatimu
Yang engkau simpan untukku

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di pelukmu
Namun ku keliru
Telah membunuh
Cinta dia dan dirimu
ohhhh....

Oh... Tuhan
Maafkan diriku
Telah melangkah lubuk
Memberi bimbang di hatinya
Kutahu
Engkau telah berdua
Tak mungkin kurasa
Melepas kasih antara kita

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di hatimu (di pelukmu)
Namun ku keliru
Telah membunuh
Cinta dia dan dirimu

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di pelukmu
Ingin ku akhiri
Yang telah terjadi
Lamunan membawamu kembali

Engkaupun keliru
Menilai erti cinta kita
Yang kau kira selamanya

Namun ku keliru
Telah membunuh
Cinta dia dan dirimu

Sunday, March 20, 2011



Minggu lepas sempat menonton cite I Am Number Four. Teruja nak tengok sebab ramai yang kata citenyer best tak memboringkan sarat juga dengan adengan fight hehe. Aku teruja nak tengok sebab dapat tahu sedikit sinopsis cite nyer mengenai kehadiran alien atau makhluk asing yang berjuang untuk hidup di muka bumi

***************

Genre : Science Fiction/Fantasy, Action, Adaptation
Produser : Michael Bay, Steven Spielberg, Chris Bender, J.C. Spink, David Valdes
Director : D.J. Caruso
Cast : Alex Pettyfer,Timothy Olyphant,Dianna Agron,Kevin Durand,Teresa Palmer, Callan McAuliffe

Sinopsis :
I Am Number Four berkisah tentang 9 alien remaja yang melarikan diri di saat planet mereka, Lorien dihancurkan oleh spesies lain saingan mereka. Salah satu alien tersebut bernama Number Four yang telah bersembunyi di bumi dan menyamar sebagai remaja dan menuntut di SMU, Paradise, Ohio.

Alien nombor satu, dua, dan tiga telah di musnahkan. Kini giliran nombor empat iaitu John Smith (Alex Pettyfer). Ia harus bersembunyi dari mereka yang sudah menghancur nyawa kawan2nya. Namun di saat John menemukan cinta dan kekuatan dirinya ia merasa tidak gentar untuk bertarung dengan musuh2nya..baginya dia harus melawan dan dia tidak ingin lagi hidup sebagai pelarian dan sekiranya di takdirkan tewas dia sudah bersiap sedia.







petang ni keboringan lah plak asyik natap screen pc jer so bralih ker screen tv plak ulang nonton cite Hantu Kak Limah Balik Rumah...alah cite yg dialoqnyer banyak yang sedang di perkatakan sekarang..ramai yang mengajuk beberapa dialoq dalam cite tu dan dalam sesi ulang tengok petang tadi tertarik dengan ungkapan Cik Nin (Ummi Nazeera) dan Usin (Awie) :-



"itu semua tak penting bang
nin cuma nak tahu satu benda aje
selama nin tunggu abang kat sini
abang masih cinta kan nin ker?
abang masih teringat kan nin macam dulu ker?
itu jer yg nin nak tahu bang
tiap2 hari nin tunggu abang
nin tahu abang cintakan nin
nin tahu sangat bang
tapi nin juga nak tahu
samada perasaan nin ni benar atau sebaliknya"

tersentuh juga bila ulang2 baca dialoq ni hehe.. cara penyampaian yang teramat ikhlas pada pendengaran halus ku sebab pada pandanganku kekadang layanan tak cukup kalau tidak di sertakan dengan kata-kata dan begitu lah sebaliknya kata-kata juga tidak memadai kalau tidak di gandingkan dengan sikap perihatin dari segala aspek...


Thursday, March 17, 2011

tengah mendengar lagu2 yang baru aku downloadkan tetiba teringat sebuah lagu yang selalu aku dengar di radio SinarFm iaitu lagu lama dari penyanyi yang aku sendiri tidak tahu latarbelakangnya. Seingat aku dah 4 kali aku dengar lagu si penyanyi Azian Mazwan Sapuan ni dan entah kenapa hatiku asyik tersentuh jer dengan lirik dan cara dia menyanyi mendayu dayu kira bila dengar feeling dan touching habis lah. Lagu ni rasanya sesiapa yang senasib denganku tidak mempunyai parents lagi akan rasa hiba mendengarnya dan di antara lirik yang menyusuk kalbu ialah " Tiada beribu dan berayah, Tiada saudara hendak bermanja, Andainya engkau pepohon nan rendang, Bawah bayangmu aku menumpang" huhuhuuu cedeynyaaa...

Bukan Belas Bukan Simpati
Artist: Azian Mazwan Sapuan

Terdengar burung berkicauan
Ke sana sini terbang berkawan
Sedangkan diriku keseorangan
Dalam dahaga kasih dan sayang

Tiada beribu dan berayah
Tiada saudara hendak bermanja
Andainya engkau pepohon nan rendang
Bawah bayangmu aku menumpang

Menangis ku sendiri
Ketawa pun sendiri
Berpanjangan keresahan hati ini
Siapalah yang tahu
Sakit pening diriku
Tiada bertempat ku mengadu

Bukan mengemis bukan meminta
Hati terhiris ku pendamkan saja
Bukannya belas bukan simpati
Niat yang ikhlas letaknya di hati

Ku dengar burung menyanyi
Berterbangan bebas di angkasa
Walau sesekali terasa iri
Tabah ku terima takdir yang Esa


Assalammualaikum & selamat hari Khamis

Pernah tak korang dengar ayat "masa elok semua cantik, semua indah, semua wangi..tapi bila dah tak suka dah jemu dah boring macam2 ler kata nista, tuduhan & kutukan yang di lemparkan"

Ada sorang teman lama pernah berpesan kalau kita rapat dengan seseorang jangan terlalu baik..jangan terlalu percaya dan jangan terlalu anggap dia lah segalanya takut akhirnya segala kepercayaan yang kita beri padanya akan membuat hati kita di sakiti. Keadaan ini lah yang sedang aku alami sekarang. Di sini bukan aku nak ungkit2 lagi dengan apa yang telah aku alami tapi sekadar nak lepas segala perasaan yang masih bersisa. Masa memula terjadi memang rasa bengang tapi sekarang di saat aku dah hampir2 tenang ada lagi yang orang tu tak puas hati..dah ler berkajang kata2 dan andaian dia terhadap aku sekarang masih nak ulangi semula. Aku dah malas nak layan (dia pun ada kata yang dia dah malas dengan aku tapi biasalah kata2 tak seiring dengan perbuatan.. masih lagi ada yang dia tidak puas hati). Sebaiknya sekarang aku buat saja apa yang aku rasa nak buat dan biar kan dia dengan segala perasaan dendam dengan segala andaian dan ungkitan dia itu lebih baik dari aku pun ikut melayan kerenah dia...

Untuk yang membaca blog aku ni dengan secara rela atau terpaksa sebaiknya korang tengok kat atas sudut sebelah kanan ada aku letak PERINGATAN jadi korang baca lah juga benda alah tu mana tahu akan timbul kesedaran dengan apa yang korang baca kat blog aku ini..

have a nice day
chow!

Wednesday, March 16, 2011



Tengahari tadi keluar "tengok dunia" & "hirup udara segar" kat luar hehe.. Desas desus tentang filem keluaran KRU STUDIOS sedikit sebanyak telah menambat hati yer lah selalu di perkatakan ramai bahawa ceritanya pasti menarik walaupaun cerita dongeng. Teruja betul nak nengok sehingga awal2 lagi telah berada di pawagam. Kebetulan hari ini hari bekerja jadi tak lah ramai sangat orang di pawagam lagipun tak ramai yang rajin datang seawal 12:50 tengahari untuk menonton tayangan pertama untuk hari ini.

*********

Tajuk Filem:
Hikayat Merong Mahawangsa

Pengarah:
Yusry Abd Halim

Penerbit:
KRU Studios

Tayangan (Malaysia):
10 Mac 2011

Pelakon:
Stephen Rahman Hughes
Jing Lu
Gavin Stenhouse
Craig Robert Fong
Eric Karl Henrik Norman
Keith Chong
W. Hanafi Su
Dato’ Rahim Razali
Khir Rahman
Ummi Nazeera
Nell Ng
Jehan Miskin
Umi Aida
Kuswadinata
Mano Maniam
Ravi Sunderlingam

Sinopsis:
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan
Barat?



Tengah layan online radio tetiba ada orang request lagu ni untuk hiburan sendiri katanya. Bila layan bait2 lirik tetiba rasa sedih lah plak...layan jer lerrr...


Terpaksa Melangkah
- Erra Fazira

Seandainya kejujuran ini
tiada lagi tertera dihati
kurela undur diri
di kemuncak impian
yang kugenggami

Takku sangka gerimis melanda
ketika kita hangatnya merindu
bagaikan tiada duka yang datang
namun kelopak berderai

Bukan simpati yang aku pintakan
cuma ketulusan di hati mu
bukan alasan yang mesti kau lafazkan
untuk menegakkan cinta
seolah sengaja
kau persendakan kasihku

Biarku derita, biarku sengsara
asalkan tiada kekesalan
meskipun ku cinta sepenuh hatiku
namun tak berupaya didustai oleh bibir
yang berpura

Seandainya kejujuran ini
tiada lagi tertera dihati
terpaksaku melangkah
walau hatiku kan terluka

Sunday, March 13, 2011


"mungkin hanya bila ku mati kau 'kan berhenti' tuk menyakiti..
sampai kapan aku begini...terus begini...terus engkau lukai..






Seandainya Tuhan mengizinkan
Ingin aku terus bersamamu
Biarpun pedih dugaannya
Rela aku menghadapinya dengan sabar

Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu

Tak pernah kutermimpi
Untuk bercinta denganmu oh sayangku
Tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta

Sekiranya kau dapat terima aku seadanya
Itulah buktinya keihklasanmu

Andainya Tuhan megizinkan ingin menunaikan
Segala impian yang lama terpendam

Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu
Tiada siapa dapat melenyapkan cinta di hatiku
Hanya Tuhan saja yang berkuasa

Aku harap engkau masih menyayangi diri ini
Kerana kutidak sanggup berpisah denganmu
Kenangilah saat-saat indah percintaan kita
Semoga abadi kisah cinta kita

Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu

Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
Selama-lamanya


Menangislah bila harus menangis

SEKIRANYA KAU DAPAT TERIMA AKU SEADANYA
ITULAH BUKTINYA KEIKHLASANMU

2 baris ayat dalam lirik lagu kumpulan Sting ni adakah masih ada kebenarannya. Kekadang sedikit usaha segala andaian tidak mustahil jadi kenyataan...walaupun tidak seharusnya mendengar kata-kata orang tetapi bila diri ini terasa hanya diperlukan untuk menaikkan sesuatu perkara memang lah rasa sedih tapi masa telah merubah segalanya walaupun suka walaupun tak suka kena juga hadapi dengan berbagai perasaan yang menghimpit perasaan.

Pergi untuk seketika atau untuk selamanya hanya Tuhan saja yang tahu. Ku tinggalkan blog ni di bawah jagaan masa dan keadaan. Hatiku luka pedih sedih dan hampa..tersangat hampaaaaa........menangislah hati semahumu kerana wujudnya engkau adalah untuk di sakiti dan di hancurkan..

Thursday, March 10, 2011

Seiring berlalunya waktu keadaan turut berubah. Hakikat yang satu ini memang tidak dapat di sangkalkan lagi. Kita mungkin di anggap berubah atau orang yang di sekeliling kita sudah tidak seperti dulu. Perubahan kekadang mengikut keadaan, tempat atau orang yang kita gauli. Perubahan pada diri kita selalunya lebih kepada untuk mencapai sesuatu matlamat atau lebih kepada untuk kegembiraan diri sendiri.

Dalam keadaan termanggu menengok rerakan riuh bercerita tentang sikap masing2 dan orang2 yang mereka kenali aku jadi teringat akan diriku sendiri. Memikirkan tentang banyak perubahan yang telah aku "lalui" kebelakangan ini membuat aku rasa terbelenggu dengan kerimasan. Aku tidak kisahlah kalau ada orang yang mengatakan aku sudah berubah sekarang tetapi aku pasti perubahan diriku lebih kepada mengikut rentak orang2 yang aku dampingi.

Dalam banyak2 pendapat yang sedang aku teliti ternampak satu pendapat yang suatu waktu dulu aku pernah "mengandaikannya" (kata seseorang terhadapku). Kata Joey (bukan nama sebenar)"slalunya orang buat baik dengan kita adalah atas dasar keperluan sesuatu..jarang orang yang buat baik tidak ada mahunya" Bila merenung kata2 ini terfikir aku sejenak tentang perjalanan hidupku sejak 3 4 tahun kebelakangan ini...adakah aku di dampingi di sukai di cari di puji malah di sayangi sebab aku dapat memberi satu khidmat yang tertentu? teringat kata-kata seorang "kakak".. "Cella..tanpa sedar kau telah di pergunakan untuk dot dot dot..sebab tanpa kau mungkin keadaan dot dot dot tidak akan berkembang". Memikirkan ni semua "sekarang" membuatkan aku mengakui kebenarannya cam kata peribahasa "bagai kain buruk..bila perlu di cari di tatang bagai minyak yang penuh, bila tidak berguna lagi di campak ketepi"

Waktu dan keadaan mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa. Haruskah aku memikirkan bahawa aku "tidak diperlukan lagi?" Jasmin temanku ada berkata di suatu petang di bulan yang lalu "andaikata sampai satu saat kite di beri pilihan maka pilihlah yang sesuai dan tepat kerana keputusan kita dalam memilih bakal menentukan samada kita akan rasa bahagia atau menderita".

Kekadang tanpa berfikiran panjang kita membuat keputusan yang kita sendiri belum nampak jalannya menuju kemana. Waktu itu kita fikir kita dapat melaluinya apatah lagi dengan sokongan dan perhatian tetapi bila sampai satu waktu fikiran kita telah dapat melihat "kebenarannya" adakah sudah terlambah untuk kita berpatah balik?..biarlah waktu merawat segalanya kerana lambat laun semuanya akan jelas dan semakin jelas sehingga apabila dalam keadaan menutup mata pun kita masih akan nampak apa sebenarnya yang berlaku. Usikan seorang teman dj yang suatu waktu dulu pernah "rapat" denganku membuat aku tersenyum.."don't worry Cella..biar dunia terbalik tapi percayalah masih ada yang sayang padamu.." huhu...terkesima memabaca kenyataan itu namun kebenarannya tetap ada itulah satu keistimewaan yang terdapat pada seorang yang bernickkan MarCella masih ramai yang menyayangi cuma yang perlu dilakukan ialah "buka pintu hati seluasnya" lihat kedepan..ramaikan kekawan insyaAllah pasti ada ruang untuk "bernafas kembali" lagipun ada yang mencabar "semoga mendapat seorang yang dapat dot dot dot" apalagi bertambah berkobar untuk menyahut cabaran..rasanya bab tu tak perlu mencari sebab ramai yang menunggu cewahhhhhhhh hahahahaha...!!!

Apa2pun tak ingin aku toleh kebelakang kalau hanya di temani airmata lebih baik maju kedepan lebih ramai yang "sayang padaku" insyaAllah..amin..amin..amin..

Ada Aku Kisah Dengan Yang Bergelar "KAU"...OHHH TIDAKKKKKKKKKK LAGIII...!!!

Peringatan Penting:
kepada sesiapa yang membaca apa yang tertulis di blog ini tidak perlu merasa emosional sebab ini adalah luahan hati saya dan yang pasti tidak ada kena mengena dengan anda so kalau nak baca blog atau apa2 saja bacalah dengan cara yang profesional occay sayang!

Thursday, March 3, 2011






Tertarik dengan petua ini dan ingin berkongsi dengan ko orang semua. Mohon izin share yer yang empunya petua ini dan terima kasih.

*****
Untuk menyayangi seseorang itu bukan perkara sukar sebab semuanya bergantung pada hati anda. Jika hati anda betul2 menyayangi seseorang itu, pasti akan timbul perasaan kasih sayang yang akhirnya menimbulkan perasaan cinta di hati serta kebahagiaan yang anda impikan. So, bagi menemukan perasaan menyayangi seseorang itu, anda boleh try petua di bawah ini:


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.


2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia, kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.



3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna. Tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.


4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda. Kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.


5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia, kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.


6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.


7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.


9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.


10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun. 

*sumber:-






Meh kita sesama baca, faham & fikirkan occay!

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba
CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??

Kerana CINTA itu buta... Lalu
KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat
apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus,
mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA
& terus menunggu..
Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati
& akan kekal sebagai KAWAN
yang setia.... kan ??
so, hargai lah KAWAN kita
selagi kita terasa dia
BERERTI.....

Walau kita punya couple,
teman tetap paling setia..
Walau kita punya harta banyak,
teman tetap paling berharga.


frenz never break..............


*sumber:
http://nolieblogspotcom.blogspot.com/search/label/Mutiara%20kata

Wednesday, March 2, 2011






setelah tercatit sudah apa yang terbuku di hati rasa sangat kelegaannya tak kisah ler orang nak marah ker nak kutuk ker tu semua asam garam hidup lebih2 lagi orang2 kecil seperti aku yang baru bertatih menulis blog.

sempat juga meninjau blog2 orang lain dan tertarik dengan kreativiti manusia yang hasil ciptanya terdapat di blog lepak.my jadi aku share pamirkan keunikan kreativiti ini dengan pengunjung semua. Kepada tuan empunya blog cella mohon izin share dan terima kasih bebanyak.

Batang macis di gunakan untuk mencipta replika bangunan dan hasilnya sungguh mengkagumkan.








mungkin ada di antara ko orang yang berminat nak mencuba mana tahu ko orang ada bakat terpendam hehe

*sumber :-
http://lepak.my/blog/2011/02/25/gambar-menarik-bangunan-dari-batang-mancis/

Assalammualaikum dan selamat malam khamis 28 Rabiulawwal 1432H

Hasrat hati nak post N3 ni lebih awal tak menjadi juga hingga ke waktu ini baru lah berkesempatan untuk mengadap laman blog yang satu ni. Lewat petang tadi kepalaku memang rasa pening sedikit tapi setelah selesai solat maghrib keadaan kepalaku dah ok dah tak berdenyut lagi.

N3 kali ini aku mulakan dengan pertanyaan..Pernah tak ko orang rasa bengang apabila tanpa sebab ko orang di terjah dengan berbagai spekulasi yang bebukan hanya kerana catitan yang ko orang letak kat blog???

Dalam N3 terawal dari ini aku ada menyelitkan apa pandangan orang tentang orang yang suka meluahkan perasaan di blog dan pada malam ini aku nak kisah pulak tentang orang yang membaca blog.

Seperti yang kita semua tahu manusia ni ada bermacam ragam, sikap, peel dan tak ketinggalan cara menerima dan memahami sesuatu. Kita juga tak nafikan tahap pemahaman seseorang tak sama grade dia (perghhh siap kategori sebagai grade..) Aku sendiri sebenarnya kurang arif dengan orang yang membaca blog dan kemudian menghentam kromo penulis blog itu. Memula aku memang bingung sebab tanpa usul periksa orang telah menghukum aku dengan satu keadaan yang aku sendiri tak faham padahal keadaan sebelumnya yang membuat suasana jadi tawar tak der kene mengena dengan apa yang ada kat blog tetapi tetiba....ntah lah malas bercerita sebaiknya kalau dah pemahaman macam tu aku terima saja lah tak kan nak argue atau bertegang urat tak der maknanya.

Tolong lah kepada yang melayari, menatap, membaca apa yang aku luahkan di blog ku ini jangan lah terlalu menghukum sebab dah jelas2 aku catitkan di ruangan ABOUT ME yang ayatnya begini :-

"sekadar meluahkan suara hatiku terhadap segala yang ku lihat, dengar, rasa & fikir. Segala al-kisah yang di paparkan di sini lahir dari sudut hatiku sendiri."

Malah di ruangan PERINGATAN ADA AYAT INI :-
" Ini adalah blog peribadi Cella. Sebarang cite, luahan dan pendapat yang Cella paparkan di sini datangnya dari dalam diri sendiri, tidak ada kaitan dengan mana mana pihak kecuali jika Cella letakkan nama pemiliknya. Harap maaf sekiranya apa yang terdapat di dada blog Cella ini ada persamaan dengan diri anda dan anggaplah semua itu sekadar kebetulan."

Kalau orang yang baca dan FAHAM kenyataan yg sejak awal aku telah letakkan semasa aku memula upkan blog ini mesti tiada salah faham dan akan menerimanya tetapi biasalah kalau kita baca dengan fikiran yang tidak terbuka maka macam2 lah perasangka yang menghantui diri.

Apa2pun terima kasih kepada yang sudi membaca dan terima kasih kepada yang tetiba hangin bila membaca dan ketahuilah bahawa sekiranya takut dengan bayang2 sendiri tak perlu lah baca pergi baca artikel2 yang lain itu lebih memanafaatkan diri.

sekiah terima kasih!






Assalammualaikum dan selamat pagi hari rabu sm0ga smuanya x kelabu hehe.. Huhuhu dah beberapa hari away tak uptodatekan blog ni..kekadang rasa nak letak macam2 N3 kat sini (masa tengah mood ok ler..) tp kekadang ngadap jer screen tetiba jer idea smua ghaib hilang entah kemana well xper lah biar ada juga 1 2 N3 dari takder langsung kan btul tak? Ada orang beri pendapat org yg suka berblog ni orang yg sntiasa sedih dan jenis yang tidak suka meluahkan perasaan trhdp rakan2 lebih suka mencurahkan segala masalah di dada blog. Bagi aku ada kebenarannya dan ada juga tidak benarnya hahaha kiranya aku di peringkat berkecuali lah ek! Orang berblog ni lebih kepada minat rasanya kan. Kalau dolu2 org catit segalanya dlm dairy tapi skrg di zaman serba canggih dada screen ler tmpt meluahkan segalanya. Bagi aku mmg selesa mengadu segala hal di blog kesayanganku ni sbb blog ni setia tau dia xder komen pepe dia sentiasa setia menerima apa jer luahan hehehe alahai melalut pulak dahhh sebenarnya nak kongsi sebuah lagu yang agak menarik liriknya bukan agak dah memang menarik dan begitu berkesan akan kesahihannya. Lagu ni di suruh layan oleh seorang teman chatku. Teman chat kat fesbuk ku ni jarang2 sekali menaip tp dia selalu monitor apa saja yang aku catit kat status dan wall fesbukku kira cam peminat setia lah konon..setia ker? Sekejap tadi masa berchatting dan dengan secara tidak sengaja telah terkantoi keadaan diriku sekarang ini hahaha dalam dok nak sorok trbongkar lah juga sikit tapi teman aku yang sorang ni memang matang dalam memberi buah fikiran so aku rasa dia tahu apa permasalahan besar yang aku hadapi sekarang. Kekadang kita nk buat sesuatu tapi mungkin kita tdk tahu cara yang sebetulnya. Teman aku ni suruh aku dengar dan hayati lagu ni dengan hrpn mungkin dpt memberi sedikit inspirasi untuk aku membebaskan diriku dari permasalahan yang terlalu degil terhapus dari aku..jom layanz..

;;