Sunday, January 31, 2010

Teman Setiaku


Photobucket

Alhamdulillah dalam meniti kehidupan aku di temani oleh orang-orang
yang menyayangiku.Ahli keluargaku terutamanya sedikit pun tidak pernah membiarkan aku dlm kesedihan dan kesusahan begitu juga teman-teman di sekelilingku. Aku akui aku tidak mempunyai ramai teman "rapat" dalam ertikata yang sebenarnya. Cara kehidupan dan pergaulanku biasa-biasa saja tak lah pemes cam sesetengah orang. Aku tetap bersyukur walau pun tak ramai teman rapat namun aku bahagia. Definasi"BAHAGIA" bagi setiap individu adalah berbeza. Aku tidak pasti bagaimana penilaian orang lain mengenai kebahagian tapi bagi aku selain bersyukur dengan segala kurniaan Yang Maha Esa, cukup keperluan asas, pekerjaan dan keperihatinan orang-orang yang rapat denganku keselesaan hati dan perasaan pun perlu di titikberatkan untuk merasai kebahagian hidup. Disamping itu sifat keperibadian pun memainkan peranan penting untuk mencapai kebahagian. Aku seorang yang berjiwa sensitif yang cepat terasa dan cepat juga mengalirkan airmata. Dalam keadaan apa sekalipun aku mudah merasa hiba. Kadangkala bila berhadapan dengan keadaan yang diluar jangkaan pun aku cepat terasa hati. Aku sedar sifat sebegini tidak akan dapat membawa aku jauh kemana pun namun itu lah aku. Aku akui ramai yang sukar untuk menduga keadaan diriku bila berhadapan dengan sesuatu
keadaan tapi ada juga yang terlalu faham dengan aku iaitu
"teman setiaku"..
airmata. Dalam kegembiraan dan kesedihan dia lah tempat aku mengadu dan merintih walaupun ia tidak dapat menyelesaikan masalah namun kehadiranya sedikit sebanyak membuat keadaanku reda dan lega.Sepanjang hidupku rasanya tak terkira dah berapa gelen airmataku tumpah sejak kecil hingga sekarang masih lagi di temani oleh airmata. Dalam sesetengah keadaan yang menghimpit perasaan dan yang mencengkam hati naluriku aku selalu sedapkan diri dengan mengatakan bahawa airmata tu pencuci kekotoran yang terdapat dalam mata tapi sejujur manakah kata-kataku? Sebagai insan biasa yang tidak lepas dari diduga olehNya aku tetap pasrah melalui onak duri ranjau kehidupan kerana aku tetap percaya bahawa setiap dugaan dariNya insyaAllah akan tetap dipermudahkan laluan untuk kita menghadapinya yang penting doa, kesabaran dan ketaqwaan harus di pertingkatkan.

0 Comments:

Post a Comment