Tuesday, March 16, 2010

Sedang aku kemaskinikan folder2 yang berterabur dalam pc tetiba
terjumpa plak dengan folder yang ku namakan "milikku". Dah lama
aku mencari tak jumpa2 tetiba petang ni rezeki aku jumpa semula
folder yang memuatkan 2 perkara iaitu sebuah sajak dan sebuah
catitan permintaan seseorang yang macam best jer untuk dimuatkan
dalam koleksiku.

Sajak dibawah ni aku cipta semasa tengah melayan seorang DJ yang
pemes sesangat di sebuah online radio. Nick dia ialah DJ GELAP dan
aku panggil dia abang gelap jer tapi orangnya putih melepak tak der
pun gelap hehe!!!

Waktu tu dia tengah mengendalikan 1 segmen dimana semua listener
yang ingin mendengar lagu permintaan mereka dimainkan olehnya terlebih
dahulu mesti menyertakan apa2 saja bentuk karya yang di salurkan melalui
email. Syarat penting ialah karya yang di hasilkan mesti asli tak men
ciplak2 tak boleh copycat pun so apa lagi berlumba lumba ler semua listener
menghatar karya masing2 termasuk lah aku. Entah camner aku pun tak tahu
dengan secepat kilat idea datang laju jer sehingga aku berjaya menghasilkan
sebuah coretan peribadi untuk penyertaan pada malam itu.

Masa DJ Gelap tu bacakan karya aku on air wahhh kembang kempis hidung aku
mendengarnya sebab bangga dalam masa beberapa minit aku berjaya menghasilkan
sebuah catatan peribadi yang mungkin tak sehebat mana pun tapi aku tetap
rasa megah sebab dia hasil usahaku sendiri. Disebalik ayat-ayat catitan
istimewa dari hatiku ini aku mengharapkan "seseorang" yang juga sedang
mendengar online radio tu faham dengan apa yang ingin aku sampaikan.
Sejujurnya aku ciptakan sajak ini untuk "dia" sebagai tanda kenangan
perhubungan "kami". Lagu yang aku pilih semestinyer ler lagu dari nyanyian
Khairul Idlan yang berjudul "Aku Yang Kau Panggil Sayang" menepati dengan
tajuk karyaku. Walaupun apa yang tercatit dalam isi sajak ku ini sudah lama
berkubur namun akun masih tetap menyimpan segala kenangan dilipatan hati.

Catitan yang 1 lagi tu plak hurmm korang baca dan faham2 ajer ler yer..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Photobucket

AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG
TERMENUNG DALAM KEGELAPAN
TANPA CAHAYA CINTAMU
TANPA BIAS KASIH MU
TANPA SINAR BELAIANMU

AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG
TERKEDU DALAM SENDU
TERPUKUL DALAM PILU
TERPINGA DALAM MALU

HADIRMU SEBENTAR CUMA
MENGUSAP CINTA KASIH SAYANGKU
YANG TERPENDAM DALAM KALBU KU YANG PILU
TERMANGU AKU DENGAN KEHADIRANMU
TERPINGA AKU DENGAN PEMERGIANMU

AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG
TETAP PADA KESETIAN SEBUAH JANJI
WALAUPUN HATI KU BEKU KAKU DAN TEPU
NAMUN DEMI KESETIAAN SEBUAH JANJI
YANG TERMETERI JAUH DI SUDUT HATI
AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG

Nukilan : MarCella(Dec 2008)


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Photobucket

U R My Heart U R My Soul

Sayang I love you so much
I really really love you sayang
Sayang take good care of yourself for me
Please promise me don’t leave me
I love you sayang
I love you with all my life
with all my soul
with all my heart
I love you sayang
I love you
I love you

(JH&MCM)

0 Comments:

Post a Comment