Sunday, March 28, 2010

Photobucket

Sedar tak sedar dah seminggu aku tidak meluahkan segala rasa hatiku
di dada blog kesayanganku ni. Sepanjang minggu lalu banyak kali juga
hati kecil ku tercuit dengan berbagai kisah orang2 di sekelilingku
terutamanya rakan-rakan chattingku. Perasaanku sehingga saat dan
ketika entri ni aku uploadkan bercampur campur. Aku pasti dalam
banyak2 perasaan tu perasaan sakit hati melebihi segalanya. Aku sakit
hati pada diriku sendiri sebab tindakan awalan ku yang men redah tak
berfikir panjang telah buat aku asyik tension dan sakit hati memanjang.
Telah berkali kali aku ingin betulkan keadaan ini tapi entah perasaan
cepat kesian dan tak sampai hati telah mengakibatkan aku menjeruk
perasaan. Geram tak usah cakap ler berkilo kilo agaknya. Persoalannya
sekarang kenapa aku masih tidak boleh membuat keputusan untuk diriku
sendiri. Dah banyak kali aku nak bertegas dan lakukan apa yang sepatutnya
aku lakukan agar aku tak sakit hati dan bengang lagi tapi sifat semulajadi
diriku telah membenarkan orang2 sekelilingku mengambil kesempatan
atas kelemahan diriku. Hari ini (ahad 28/10/2010) aku berdepan dengan
1 lagi situasi dari orang yang sejak 8 bulan yang lalu yang asyik buat
otak aku beku dan kekadang sampai ketahap otak aku kosong. Kali ini
mungkin sebab aku dah bersedia dan mungkin dah makin lali dengan
keadaan sebegini selalu, aku tak lagi memikirkanya. Sebaik tindakan
yang aku perlu ambil ialah abaikan jer sebab penat ler selalu sangat
mindaku bekerja keras pikiaq dok pikiaq so kali ni entah kenapa boleh
plak aku releks jer tengok dvd dan habiskan bacaan novelku. Biarlah
waktu merawat segala kelukaan dan biarlah waktu juga yang pulihkan
keadaan sekiranya keadaan nak pulih ler yang pasti aku dah tak nak
fikirkan lagi. Sekarang ni yang hanya aku fikir dan targetkan ialah nak
happy2kan diri aku dengan cara aku sendiri gasak ler orang nak kata
per nilai aper kutuk aper yang pastinya aku ignore jer agar otak aku tak
semak dan serabut lagi. Go go marcela go bersemangat!!! bersemangat!!!
bersemangat!!!

Photobucket
sengih aku tengok picture ni. Betul apa yang difikirkan
oleh
budak kecik ni "lagi banyak difikirkan lagi keliru jadinya"

0 Comments:

Post a Comment