Monday, March 1, 2010

Adoiii..!!! baru terasa penatnyaaa..kalau tidak "rintihan" badanku
yang letih, lesu dan tak bermaya tidak aku hiraukan janji aku njoyy
sakan hilang tension dan apa yang berserabut dalam kepala otak aku ni
Erkkk!!! tentu korang rasa pelik kan apa yang tengah aku sungut2kan ni?
Sorry ler lupa nak kabarkan kat korang yang aku baru saja balik dari
holiday atau pun bercuti. Sejak petang khamis 25Feb hingga ke awal
pagi 1Mac aku gi bercuti (sampai rumah awal pagi sebab bertolak lewat malam)
Bermula dari selatan terus menghala ke utara hala percutian aku kali ini beza
sket dari percutian bulan December 2009 dari utara ker selatan balik semula
ke utara. Hingga kini aku masih lagi penat, mamai & ngantuk so esok atau lusa
aku dah segar bugar baru aku story tentang percutian aku occay!

Huhu lama benar juga ek baru aku dapat kembali ke entri percutianku tempoh
hari. Entahlah sejak kebelakangan ni keadaan diri dan situasi hari2 tidak begitu
mengizinkan aku mengadap pc lelama. Seperti yang di janjikan akan aku ceritakan
serba ringkas perjalanan percutian aku pada petang 25/02/2010 - 28/02/2010
Kalau nak diceritakan dengan details memang ler sampai penat korang baca pun
tak habis hehehe so mana yang aku rasa menarik aku story kat sini occay!


Photobucket
Besaunya luggage aku untuk trip kali ini cam nak pergi tak kembali ke Penang lagi hehe..

25/02/2010
selesai segala urusan singgah sebentar kat Nilai3 tuk shopping. Cam biasa ler kan kat Nilai3 ni ada macam2 benda so kebetulan on the way ker KL singgah ler habiskan duit hehehe nanti bila balik Penang sure orang akan tanya singgah Nilai3 tak? takkan
nak jawab tak shopping kat Nilai3 cam tak lengkap ler kan kan kan?
Beli apa ek kat Nilai3? A'aaa baru ingat beli kain langsir (stended ler raya entah mana2 kain langsir dah siap dibeli bukan aper alasannya siap awal tak dak la nak kalut2 nanti. Memang betul ler alasan tu takut siap awal2 karang entah letak kat mana hilang dalam simpanan sapa nak jawab?

Selepas maghrib kuar dari Nilai3, hala tuju ker Keyel ada plak yang teringin nak makan
satey kajang untuk dinner mlm tu so per lagi terus gi kat Restaurant Haji Samsuri.
Fulamak sampai kesitu memang ramai giler Q sampai kat luar sib baik dapat tempat
duduk tu pun kena kembar 3 meja untuk 8 orang. No wonder ler orang ramai sebab
baru teringat hari cuti sempena Maulidul Rasul so ramai ler keluarga2 makan kat luar.
Service ok juga takder ler lama sangat tunggu sebab kat kaunter ramai pelayan yang
bertugas mungkin disebabkan cuti ramai orang. Makanan yang kami order perghhh
sampai penuh meja mungkin sebab semua kelaparan sebab brekafast dah kul 10pagi
tak lunch terus dinner. Sekejap jer licin makanan yang di order sampai mengah
kekenyangan, Alhamdulillah...

Antara makanan yang ahli family aku order. Mesti ko orang terliur kan tengok satey,
nasi ayam, airbatu campur (kat penang kita orang panggey ais kacang) & juga air kelapa muda


26/02/2010

Bangun dah kul 10 pagi penat sesangat. Lepas solat zohor baru nak gi
jejalan lagi so per lagi melingkaq makan melingkaq makan hehehe!!!
Destinasi hari ini dimulakan di Berjaya Times Square. Kami kat sini
semata mata nak enjoy kat Cosmo's World Theme Park iaitu Taman
Tema Dalaman yang terbesar di Malaysia. Kat sini kita orang berpeluang
menaiki :-

SUPERSONIC ODYSSEY
Photobucket


DNA MIXER
Photobucket

DIZZY IZZY
Photobucket

Ooort's Express
Photobucket


Space Attack
Photobucket

Best nyer masa ni ler dapat jerit2 sepuas hati elok untuk orang yang
tension2. Ada diantara game ni yang leh buat kita rasa pening kepala
dan mual tapi tahann ler juga kan kan kan..janji njoyyy!!!

Asyik njoy sampai tak sedar dah malam patut ler perut berkeroncong.
Dari Berjaya Times Square kita orang bergerak menuju ker 1Utama
Shopping Complex ingat nak tengok movie di pawagam Golden Seat
tapi malang sebab dah full so cari tempat shoru shapedu ler jawabnya
sebab ada yang muka dah monyok kelaparan. Pusing-pusing kat situ
cari tempat makan jumpa lah 1 tempat ni yang kira menunya menepati
citarasa kami semua, tempat tu dinamakan Kluang Station.

Photobucket

Makanan kat sini sedap2 dan harganya berpatutan malah tempat dia selesa dan
bersih. Orang2 yang menjamu selera kat sini terdiri dari berbilang kaum dan
rata-rata terdiri dari pengunjung2 1Utama Kompleks ni yang menjamu selera
setelah penat membeli belah.

Makanan yang kami order semuanya berat2 belaka dan yang paling best ialah
hidangan nasi lemak yang disajikan dengan berbagai lauk pauk dan cara hidangannya.

Photobucket
Antara makanan yang kami order kat Kluang Station
Bukan nampak jer sedap makan pun enak sih!


Lepas kekenyakan tengok jam huhu malam masih muda so nak gi mana lagi ek?
Kata sepakat diperolehi gi men bowling kasi longgar sket perut yang dah ketat
dan sendat.

Photobucket

Photobucket

0 Comments:

Post a Comment