Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Salam hari minggu (4/4/2010). Hai blog..aku mampir lagi menghiasi dadamu
dengan bait2 ayat sendu yang aku sendiri tidak tahu kepada siapa lagi
harus aku mengadu.2 3 ari ni fikiranku masih lagi serabut pada tahap
"maksima". Sukar rasanya untuk aku pulihkan kecekalan hati &
kekuatan diri. Sokongan rakan2 rapat sedikit sebanyak menolong
aku untuk menghela nafas kelegaan dari di belenggu rasa sedih yang
teramat sangat. Aku betul2 rimas mengharungi satu keadaan dimana
aku terpaksa terkial kial melepaskan diriku dari belenggu permasalahan
yang melanda. Keadaan diriku sekarang seumpama lirik lagu Allahyarham
Dato Sudirman Haji Arshad yang berjudul TERASING :~
Pernah tak korang rasa camner dikhianati oleh orang2 yang selama ni
korang percaya sangat2 yang korang sedikit pun tak terlintas pada
satu saat dan ketika orang2 ini lah yang akan mengkhianati korang.
Terdapat berbagai bagai bentuk pengkhianatan dalam kehidupan kita
tapi jenis pengkhianatan yang aku alami ialah bila orang yang aku
percaya yang aku sanjung sangat2 telah menjadi seseorang yang aku
rasa aku tak pernah kenal langsung. Aku tak kisah kalau rasa tidak
puas hati dilontarkan kepada aku sebab selama aku berada didunia
maya ni apa saja yang orang tak pernah tak kata kat aku. Aku dah
lali dengan umpat keji orang sebab bagi aku buat per nak peduli
dengan orang2 yang tiada kepentingan bagi diriku. Tapi kes kali ni
lain dan tak pernah aku duga walau sebesar zarah. Aku boleh terima
kritikan yang melampau tapi dengan syarat selepas tu campak kan jer
aku dari kehidupan mereka tapi apa yang terjadi sebaliknya. Aku
benar2 tak faham dengan sikap orang2 yang menghentam tapi masih
mengharapkan. Kalau sikap aku tak menepati citarasa korang takper
it's occay sebab seingat aku orang2 yang mengutuk aku ni yer2 hendak
sangat aku jadi diriku sendiri, sanggup terima aku seadanya tapi
sekarang apa kes??? Aku takkan berdendam dan aku maafkan walaupun
hatiku terluka. Untuk 4give anytime but untuk 4get depends!!!
Aku tetap aku dan hatiku tetap hatiku jua. Untuk orang yang selalu
kutuk2 belakang ni betapa baiknya diri anda sendiri?
Untuk pengetahuan yang sudi jengah dan membaca laman blog aku ni
ingin aku kabarkan yang segala entri adalah luahan hatiku dan tidak
bersangkut paut dengan sesiapa maupun yang masih hidup atau pun yang
telah meninggal. Sekiranya penceritaan suara hatiku ada persamaan
dengan anda, anggaplah ianya sekadar kebetulan. terima kasih!
Labels: Jeritan Hatiku