Tuesday, August 17, 2010

Perkongsian dari iMotivasi

Hidup tidak pernah kejam pada sesiapapun.

Life is not cruel!

Orang yang berkata bahawa hidup ini kejam, sebenarnya adalah orang
yang tak pernah terfikir untuk menghargai apa yang ada padanya
seperti kesihatan tubuh badan, kebolehan berfikir, anggota badan yang sempurna,
kawan-kawan yang mengelilinginya juga makanan yang mengisi perutnya.

Hidup akan jadi kejam pada kita apabila kita kejam pada diri sendiri.

Kita kejam pada diri sendiri apabila kita tidak pernah terfikir untuk
memajukan diri kita sendiri, bahkan tidak pernah maju walaupun
orang di sekeliling kita memaksa diri kita untuk maju semaju-majunya.

Jika di fikir, sebenarnya kitalah yang kejam pada hidup kita kerana
kita tidak melihat ke atas, iaitu melihat kepada pencapaian-pencapaian
tinggi yang pernah di capai oleh orang lain sebelum kita.

Bangkitlah, sedarlah dari malas yang panjang.

Suburkan impian, sediakan minda untuk terus menerus kuat bekerja.
Tangan kita akan menentukan usaha kita, usaha kita menentukan
kecemerlangan hidup kita.

0 Comments:

Post a Comment