Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Hari ni Isnin 13Sept2010 baru aku dpt merasa nasi himpit & kuah satey. Alhamdulillah walaupun sket namun aku ttp puas hati dr tak dpt menjamah langsung.
Hari Raya tahun ni keadaan tak seperti yang di sangkakan tapi walau apa yang terjadi aku pasrah menerimanya. Aku tetap berpegang kepada kata-kata bahawa kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Aku tetap bersyukur "dimana" sahaja aku merayakan hari lebaran yang penting aku tetap di kelilingi oleh ahli keluargaku.
Hiba rasa hati mendengar suara takbir sayup2 memecah keheningan subuh pagi raya. Dalam kegelutan aku "melawan" keadaan diri aku tetap pasrah menghayati alunan takbir yang menemani aku di satu daerah yang asing sempena menyambut hari kemenangan kita umat Islam menamatkan ibadah puasa selama sebulan. Syukur kini aku kembali ke pangkuan keluarga walaupun keadaan diri tidak selesa tapi kekuatan semangat harus di pertingkatkan, insyaAllah!
Labels: Jeritan Hatiku