Friday, November 5, 2010

Wow petang ni hujan lagi..
Dah beberapa hari hujan..hujan dan hujan..
ada kala lebat ada kala renyai2 dan ada kala rintik2
ada orang tanya tak keluar ker?
ada ker orang keluar bersiar siar dalam keadaan hujan???
yang aku tahu sekiranya ada hal penting baru orang akan
keluar rumah walaupun dalam keadaan hujan tu pun bukan
hujan lebat lah. Perkara yang best di lakukan di rumah
bila hujan lebat ialah t..i..d..ooo..& makan2 hahaha.
Sehingga petang ni dah 3x aku makan huhuhu ketat dah
peyut aku ni tapi skrg rasa lapar lagi nak makan aper ek?
Yessss dpt idea sebab memang suka makanan yang satu ni
last aku dapat makan waktu ada jiran buat rumah terbuka
pada hari raya yang lepas.

Disini aku sertakan resepi makanan yang aku suka ni dan
aku rasa nak makan sangat pada petang ni sebab pencicahnya
telah sedia ada so per lagi let's do it..!!!


Lempeng Kelapa
**************
bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih
santan secukupnya
minyak@mentega
garam

Cara Membuatnya :-
Satukan semua bahan di atas kecuali, santan & garam. Kacau rata.
Masukkan sedikit garam kedalam santan & kacau hingga garam larut.
Tuang santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi bancuhan
yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam dan kacau rata2.
Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak@mentega.
Tuang 1/2 senduk adunan ke dalam pan dan leperkan dengan belakang
senduk perlahan lahan hingga mendapat ketebalan atau kenipisan yang serata.
Masak dengan api perlahan sehingga kuning keemasan, terbalikkan dan
biar masak. Jika suka garing, sapu sedikit minyak@mentega pada permukaan
lempeng sebelum diterbalikkan. Buat hingga siap, angkat dan hidangkan bersama
sambal tumis atau kari.

====================

Sambal Tumis Bilis
****************
Bahan-Bahan :-
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 10 minit dan toskan
1 biji bawang besar [hiris]
1/2 inci halia [diketuk]
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

bahan-bahan yang perlu dikisar:-
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
15 tangkai cili kering [buang biji, rendam dalam air panas sebelum di kisar]

Cara Membuatnya :-
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis hirisan bawang & serai yang telah di ketuk. Masukkan bahan kisar
kacau hingga naik minyak, masukkan air asam jawa dan sekiranya kering
tambah sket air. Kacau hingga betul2 masak baru masukkan ikan bilis dan
biarkan sebentar sebelum masukkan garam serta sedikit gula secukup rasa.
Masak dengan api sederhana hingga sambal pekat.

0 Comments:

Post a Comment