Tuesday, November 23, 2010

"Kita sememangnya tidak mampu mengawal situasi dan setiap perkara yang berlaku ke atas diri kita. Tetapi masih dapat mengawal sikap dan emosi kita. Apa yang kita inginkan, samada ada positif atau negatif terpulang kepada diri kita sendiri. Samada kita berjaya atau gagal, kitalah yang bakal menentukan arah hidup kita sendiri"

Dah 2 malam berturut2 dan separuh hari ini aku asyik memikirkan kata hikmat yang aku jumpa semasa meninjau ninjau blog kekawanku. Bukanya mataku pagi ni kata keramat ni lah yang aku fikirkan. Kebenaran ayat ini memang tidak dapat dinafikan 100% betul. Aku cuba menyingkap 1 per 1 ayat2 ini dengan perjalanan kehidupan aku lebih2 lagi sekarang. Akan aku jadikan ayat ini sebagai semangat untuk aku lebih pasti serta yakin dengan hala tuju hidupku...hanya diri sendiri yang boleh mencorakkan keindahan dan kejelikan hidup kita sebab dalam keadaan apa sekalipun berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

0 Comments:

Post a Comment