Sunday, November 28, 2010

Mengapa Di Ciptakan Neraka & Syurga ???


Sebuah kisah benar yang berlaku pada zaman ini.

Kisah mengenai seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama yang mempersoalkan sifat Allah dan kewujudan syurga dan neraka kerana tidak berpuashati dengan tindakan pegawai jabatan agama yang mengeluarkan denda kepadanya kerana kesalalahan meminum arak dan berpakaian kurang sopan serta kesalahan tidak menutup aurat.

Dalam satu insiden, ketika operasi maksiat yang dijalankan beberapa tahun dahulu, seorang gadis yang bekerja di salah sebuah pusat hiburan telah didapati melakukan kesalahan - kesalahan diatas.

Gadis itu telah dikenakan denda.

Setelah surat saman dihulurkan, pegawai agama pun memberi nasihat kepada gadis tersebut, “Selepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan, dan juga menutup aurat." Peraturan2 ini bukan sahaja peraturan jabatan agama.. tetapi peraturan2 ini termasuk larangan dan perintah Allah."

"Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka serta tidak mahu patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah."

"Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak.

“Kalau Tuhan itu betul-betul baik, kenapa buat neraka?"

"Kenapa tak boleh sediakan syurga sahaja?"

"Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?”

Pegawai agama itu terkedu sekejap.

Pegawai agama tersebut berkata didalam hati: "Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia"

Setelah habis gadis tu membebel, pegawai agama itu pun menjawab: “Saudari, kalau Tuhan tidak ciptakan neraka, saya tak jadi pegawai agama"

"Berapa sen sangat gaji saya sekarang.. Baik saya jadi towkey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga."

"Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur."

"Kalau awak nak lari, saya bunuh jer.''' Takpe, sebab neraka tak ada."

"Nanti kita berdua jumpa lagi di syurga..Bukankah Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut.

Barangkali dia terkejut kerana tergamak seorang pegawai agama cakap macam itu? :)

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, pegawai agama tersebut pun menjelaskan:

“Perkara seperti tadi akan berlaku jikalau Tuhan hanya sediakan syurga sahaja"

"Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik?"

"Jadi orang jahat lebih seronok."

"Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma."

"Pembunuh akan berjumpa dengan orang yang dia bunuh didalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogolnya disyurga..selepas tu dia boleh rogol lagi kalau dia nak..tiada siapa yang terima hukuman... sebab Tuhan itu ‘baik’."

"Adakah Tuhan seperti itu yang kita hendak?"

"Awak rasa, adil ke?”; soal pegawai agama tersebut.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu jer..” rungut si gadis.

Pegawai agama tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Pegawai agama tersebut mengakhiri kata-katanya:

“Saudari, saya beri nasihat ini kerana kasih sesama umat Islam."

"Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil."

"Sebab itu neraka perlu wujud untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain."

"Saya rasa awak sudah faham sekarang."

"Kita sedang diuji atas dunia ini."

"Jasad kita bahkan segala-galanya adalah milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita dan bukan HAK kita untuk tidak mematuhi laranganNYA dan dengan berselera memimum arak."

"Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian"

"Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita."




***
sumber:
Perkongsiana Ilmu Menuju Alam Akhirat

0 Comments:

Post a Comment