akan ku jadikan kekecewaan hari ini sebagai pemangkin kerahmatan untuk
meneguh jati diri. aku sentiasa berdoa agar aku tidak akan menangis lagi
walaupun aku belum pasti samada aku mampu atau tidak untuk mengelak
dari mengalirkan airmata. penerimaanku terhadap apa yang berlaku sekarang
dapat aku rasakan lain dari kejadian yang sama yang berlaku sebelumnya.
aku pasrah terima keadaan bahawa tidak semestinya meneruskan satu hubungan
sekiranya sudah tidak ada lagi persefahaman. pengalaman lepas banyak mengajarku
agar memandang lebih jauh. aku sudah dapat pujuk diriku dengan menyematkan
satu kenyataan dalam mindaku bahawasanya "jangan di paksa seandainya orang
tidak lagi memerlukan kita." perginya aku dari hubungan ini di atas kehendakMu
sebagaimana dulu dengan izinMu juga perhubungan ini terjalin.
