Tuesday, November 16, 2010

1.Jika anda baru saja putus cinta dengannya, sememangnya anda akan bersedih. Itu perkara biasa atau normal. Yang jadi tidak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya ingin tunjuk anda kuat dan anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Jikalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu, keluarkan ia dengan sepenuh hati. Menangislah sepuas hati anda. Lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sedikit selepas beberapa hari. Apabila anda sudah biasa bersedih, lama kelamaan anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

2.Terimalah realiti yang anda perlu lupakan dia dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya, anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Anda mesti kuat untuk menghadapi realiti ni.

3.Anda mesti elakkan atau jangan terus berhubung dengan si dia itu. Kalau anda masih terhegeh-hegeh menghubungi dia lagi, sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat melupakannya.



Sepatutnya entri ini aku letakkan pada sudut Aneka Petua di laman blog Dariku Untukmu
tapi entah kenapa gerak hatiku mengatakan bahawa aku seharusnya masukkan kedalaam
laman blog peribadiku jadi cam selalu bisikan naluri perlu aku ikut.

Membaca petua di atas memang nampak mudah untuk melakukan tapi aku tetap mengatakan tidak semudah yang di baca kerana tahap melupakan mesti di ambik kira juga. Bagi aku sekiranya aku hendak melupakan seseorang memang ambik masa yang terlalu lama tapi sekiranya orang telah membuka laluan kepadaku, menyingkirkan aku, mencampakkan aku lebih tepat tidak memerlukan aku lagi maka keadaan akan menjadi sebaliknya.

Perasaan sayu dan sebak memang lah menjadi teman setia tapi seandainya kita
terus menerus memikirkan bahawa diri kita yang terbuang sudah pasti perasaan sedih
dan kecewa akan sedikit demi sedikit hilang.

Aku tetap berpendapat bahawa tidak perlu memaksa orang menyukai atau menyayangi
kita sekiranya orang itu sendiri tidak pernah lagi mengingati janji-janji manisnya
sebaiknya biarlah walau kemana dia ingin terbang bebas kalau itu yang di fikirkan
boleh mengembirakannya..yang perlu di buat ialah berdoa semoga dia berbahagia.

0 Comments:

Post a Comment