Saturday, January 1, 2011



Dah lama tak menonton movie jadi di takdirkan petang hari khamis ada kelapangan di tambah pulak rasa bosan mula melanda diri disebabkan line streamyx yang asyik semput jer semenjak dua menjak ni aku pun keluar dengan tujuan untuk menonton movie dan memang aku dah pilih movie Gulliver's Travel untuk aku tonton walaupaun aku memang dah sedia maklum yang jalan cerita ini lebih kepada cerita kanak-kanak tapi tak kisah lah yang penting aku boleh rasa happy bila menonton itu sahaja tak der yang lain-lain.

Movie : Gulliver's Travels
Penulis : Jonathan Swift (novel tahun 1726-1735) versi baru
Starring : Jack Black (Lemuel Gulliver), Jason Segel (Horatio), Emily Blunt (Princess Mary), Billy Connolly (King Theordore), Amanda Peet (Darsy Silverman)
Director : Rob Letterman
Distributor : Fox
Genre : Family-Comedy, Fantasy, 3D, Adventure, Action
Runtime : 85 minutes

Sinopsis:-
Lemuel Gulliver ialah seorang peminat Star Wars dan Guitar Hero. Dia sudah bekerja di bilik surat sebuah syarikat penerbitan di New York selama sepuluh tahun.

Sangat selesa dengan posisinya itu, dia menyimpan perasaan terhadap pengarang bahagian pelancongan, Darcy Silverman.

Kehadiran Dan sebagai ketua baru Gulliver membuatkan dia terfikir untuk berubah menjadi lebih berani dan maju.

Dalam usaha memikat gadis pujaannya, dia memohon untuk menulis artikel percutian sehingga ditugaskan menyelongkar rahsia Segi Tiga Bermuda.

Gulliver kemudian tenggelam dalam ribut laut lalu terdampar di sebuah negara bernama Liliput yang didiami orang-orang kerdil.

Di sana, dia digelar gergasi dan dianggap wira sehinggalah penipuannya mengenai identiti sebenar terbongkar.

0 Comments:

Post a Comment