Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Petang tadi keluar berjalan jalan hilangkan stress..memang betul-betul tension mengingatkan apa yang terjadi..berjalan sepanjang persisiran jalan di tepi pantai sambil melihat gelagat pengunjung disitu sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan. walaupun penat tetap juga berjalan perlahan lahan. Dari jauh nampak sekumpulan lelaki sedang berkumpul di sebuah kerusi di situ dan terdengar gelak ketawa mereka..tak pasti apa yang mereka ketawakan dan pada fikiranku biasalah bila berkumpul beramai ramai mesti ada yang suka buat kelakar. Aku teruskan berjalan dan makin hampir dengan kumpulan mereka dan bila aku dekat ada beberapa orang daripada mereka menoleh kearahku tapi aku dengan selamba terus berjalan dan pandanganku hala terus ke hadapan..baru saja aku melepasi kumpulan lelaki itu tetiba seorang daripada mereka dengan berlari lari anak bersaing denganku sambil menyanyikan lagu ini :-
Bon Bon Bon Bon yo quiero estar conitigo
Bon Bon Bon Bon tu quiere estar conmigo
Bon Bon Bon Bon dale cosa rica
Bon Bon Bon Bon trae tus amiguitas
Bon Bon Bon Bon yo quiero estar contigo
Bon Bon Bon Bon tu quiere estar conmigo
Bon Bon Bon Bon dale cosa rica
mami mami mami woouuu… mira que tu esta rica (paparamericano)
nyanyian dia buat aku tertiba berhenti berjalan sambil menengok mukanya dan dia menggunakan isyarat kedua jarinya menunjukkan bahawa airmataku sedang mengalir..aku terperanjat seketika sebab kini baru aku sedar ada airmata yang mengalir di pipi menemaniku sepanjang aku berjalan tadi..rasa malu pulak kat lelaki di hadapanku tapi senyuman dia buat aku dengan malunya tersipu sekejap tapi masih dalam keadaan kebingungan. Akhirnya dia mohon izin berlalu sambil menghulur secebis kertas tertera no handphone dan namanya. Aku terus berjalan sambil tersenyum keseorangan..terima kasih Zikry@Zack.
Labels: Kisah Dan Lagu