1st filem langgan menerusi Astro First..memang santai layan tergolek depan tv sambey makan kacang rebus hehe. Puas nengok sebijik cam kat panggung, xder iklan dan mutu gambar memang superb.. tak kembang & gambar penuh tak seperti yang terdapat menerusi DVD yang kadangkalanya tidak bermutu. Selalunya kalau tak menonton di panggung aku tunggu siaran bila Hari Raya tapi masalahnya kekadang cite tengah main ada tetamu datang atau aku dan keluarga sendiri akan keluar pergi beraya lagipun ada 1 stesyen tv tu kalau tak potong cerita tak sah..cerita jadi tak lengkap dia org lebih utamakan nak siar iklan tak best langsung nak hayati cite camtu lebih baik tak yah tunjuk langsung hehe
Tajuk Filem: Ngangkung
Pengarah: Ismail Bob Hasim
Genre:
Komedi Seram
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam: 25 November 2010
Pelakon Ngangkung:
Shaheizy Sam
Azad Angah Raja Lawak Putri Mardiana Eira Syazira Echa Azlee Senario Ruzaidi Abdul Rahman Reanna Mazlan Pet Pet
Sinopsis: Mengisahkan hidup 3 orang sahabat lakonan mantap Shaheizy Sam, Azad Jazmin dan Angah (Raja Lawak) yang gemar 'mengangkung' (minta nombor ekor). Azim (Shaheizy Sam) merupakan seorang pekerja buruh yang sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak bernama Wahida. Taznim (Azad Jazmin) mencadangkan Azim supaya mengikut dia dan Wan (Angah Raja Lawak) 'mengangkung'. Walaupun perkara itu tidak dipersetujui oleh isteri-isteri mereka terutamanya isteri Azim (Eira Syazira) dan isteri Taznim (Putri Mardiana) namun mereka tetap berdegil dan mengambil jalan mudah. Pelbagai peristiwa pelik dan lucu berlaku dalam usaha mereka untuk hidup senang dengan cara yang mudah. Apakah mereka berjaya mencapai impian mereka?
Di blog ini tempat aku berimiginasi dan berinspirasi. Kadang-kala imiganasi aku boleh melangkau dari imiginasi sebenar dan mungkin tidak tercapai dek akal orang yang membacanya. Sekiranya ada pembaca yang tak suka atau tak selesa sebaiknya jangan baca *Terima Kasih*
Aku hanya insan biasa yang serba kekurangan tampil sekadar meluahkan suara hatiku terhadap segala yang ku lihat, dengar, rasa & fikir. Segala al-kisah yang di paparkan di sini lahir dari sudut hatiku sendiri.
Ini adalah blog peribadi Cella. Sebarang cite, luahan dan pendapat yang Cella paparkan di sini datangnya dari dalam diri sendiri, tidak ada kaitan dengan mana mana pihak kecuali jika Cella letakkan nama pemiliknya. Harap maaf sekiranya apa yang terdapat di dada blog Cella ini ada persamaan dengan diri anda dan anggaplah semua itu sekadar kebetulan.
****************************** Bukan Mengajar Itik Berenang Sekadar Mengingatkan Kewajipan Kita