Wednesday, April 27, 2011

Awas wanita!

KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

sumber: myMetro ~ 27 April 2011

************************************

Memula aku baca tajuk alkisah ni ingatkan serbuk perasa yang di masukkan dalam makanan rupa2nya setelah membaca hingga ke titik terakhir baru lah faham apa ceritanya hehehe aku ni semenjak dua menjak asyik ingat makan saja.

Nowdays macam2 cerita yang boleh kita baca di dada akhbar, dengar di radio dan lihat menerusi siaran berita kat tv dan kekadang tu semua tu tidak pernah terlintas di fikiran kita langsung. Berbagai bagai cara yang di lakukan oleh manusia semata mata untuk menuju jalan mudah untuk kaya untuk dapat nama untuk kepuasan diri dan berbagai bagai lagi jadi setelah kita mengetahui semua ini apa yang perlu kita lakukan ialah set minda kita agar benda2 ni semua tidak menimpa diri kita, keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran dan orang-orang yang kita sayang. Dalam apa2pun tindakan biarpun dari segi fikiran dan perbuatan harus lah fikir banyak kali agar kita tidak terjebak dan sama2 lah kita doakan semoga hidup kita akan sentiasa di pelihara oleh Allah subhanahuwataalla...





0 Comments:

Post a Comment