Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Terkejut jaga dek bunyi lebatnya hujan...belek2 jam huhuhu dah jam 9 pagi..enaknya tidurku siap di buai mimpi indah hehe..ingat nak sambung tidur tapi perut pulak dah berkeroncong so terpaksa lah bangun mandi dan breakfast. Aku panaskan semula big mac yang beli malam tadi tapi tak sempat makan kerana terlalu kenyang makan fillet o-fish, frech fries dan soft drink hahaha sekali order 2 burger mana nak laghat habis masa order memang tengah kelaparan tahap maksima ingatkan boleh jer belasah dedua tapi aduyaiii tak terhabis tu ler pepatah ada mengatakan orang tamak selalu rugi tapi rasanya dalam kes aku ni tak rugi kot sebab simpan dalam peti sejuk dan pagi ni masih lagi boleh menikmatinya..alhamdulillah kenyang sampai lewat petang rasanya.
Lepas lunch mengadap screen pc. Amplikasi pertama yang aku buka ialah YM..macam biasa bermacam macam incoming message dari rerakan dan tetiba aku ternampak message dari "owang tu"..dalam hati aku dah agak mesti ada lagu baru yang dia nak share dengan aku dan telahan ku benar belaka. Selepas aku download lagu tu terus aku dengar dan siap nyanyi mengikut lirik lagu yang telah dia berikan...setelah dengar 3x baru aku dapat rasa kesedapan lagu ini dan setelah aku dengar 5x baru aku dapat rasakan betapa indahnya bait2 lirik lagu ni indah seperti pelangi..apa2pun terima kasih kepada owang itu yang selalu berkongsi lagu2 yang best dengan aku..sem0ga dia sihat selalu dan gembira dengan kehidupannya..walaupun sekarang ini kami tidak seakrab dulu namun dia tetap istimewa dengan cara nya yang tersendiri sebagai teman rapatku..
Mencari juga video clip lagu ni di youtube untuk di muatkan di dada blog ku ini tapi malangnya belum berjumpa yang sesuai...mungkin di lain waktu aku akan dapat meletakkan video clip menarik tentang lagu ini..insyaAllah.
*******
Malaikat Pelangi Cinta ~ Laku Band
Kasih kau bagaikan pelangi
Mewarnai bahtera hidupku
Kau tetap terbaik untukku
Kau tercantik, engkaulah cintaku
Kau bagai malaikat yang selalu setia
Melindungi menjaga dan mendampingiku
Baik dalam susah dan senang kau selalu
Ada bersamaku
Setiap malammu s'lalu aku melindungimu
Dibangun tidurmu ku selalu ingin disampingmu
Dalam tidurmu ku selalu ingin disisimu
Kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
Kau adalah pelita terang dalam jiwaku
Aku tersadar melihat kebahagiaan itu
Seperti pelangi
Aku pun akan berjanji s'lalu menjagamu
Melindungi dan berdoa untukmu...
Labels: Kisah Dan Lagu