Monday, September 5, 2011

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa Enam untuk diriku dan juga rakan2 pengunjung yang sama meraikannya.

Aku baru saja selesai rebus ketupat nasi atau lebih dikenali dengan nama nasi impit. 1 Syawal itu hari dah rebus banyak peket (tahun ni takder sapa yang ada masa nak anyam daun ketupat jadi beli yang ready made dan rebus sendiri...camner pun xper janji kenyang sudahhh..).

Rezeki datang bergolek ada yang buatkan ketupat palas untuk aku sekeluarga, walaupun tak lah bertimbun macam 1st day hari raya itu hari tapi aku tetap bersyukur dan gembira sangat2 sebab apa2 saja makanan yang berasaskan pulut memang menjadi idaman tekak ku meskipun mengikut pesanan doktor aku tak boleh sangat "mengadapnya" tapi dah rezeki datang bergolek takkan nak tolak kotttt..

Perkara yang paling sempoi sekali ialah tak dak rendang ayam atau daging tak dak kuah kacang TAPI ada rendang kerang. Aku teruja dengan rendang kerang kali ini sebab rasanya lebih sedap dari selalunya sebab letak lebih kerisik dan ada 1 bahan tambahan yang aku letak untuk menambah kesedapannya, tak leh kasitau ler ni rahsia masakan aku hehehe...

Tadi sempat juga aku pekena serba sket makanan tu semua tak nak lah tambah2 kan kena sabar tunggu esok nak belasah sampai lebam dan tersungkur hahahaha...

Alhamdulillah segala urusan puasa telah aku langsaikan. Hari khamis hinggalah hujung bulan aku akan keluar beraya dan insyaAllah akan cuba memenuhi undangan rumah terbuka. Aduyai dah berpuasa selama 35 hari dah slim cantik giler pakai baju kebaya mengalahkan model nak keluar gi beraya dan kerumah terbuka pulak..maka yang pastinya akan sendat dan berisilah badanku yang keding ni huhhhhh...tak per..tak per releksss..releksss...makan sikit2 dan ambik bau saja hahahaha...

kata pemberi ketupat ni, daun palas xder yg cantik mungkin daun ni lebihan dr hari raya itu hari. Xperlah kalau daun xmolek yg penting pulutnya masak cantik dan molek janji leh belasah ngan rendang kerangku..


ketupat nasi atau nasi impit dah siap potong (testing makan selepas berbuka tadi). 1st time guna yang instant ni kira ok lah juga lbh2 lagi kalau terdesak hehe..



rendang kerang sempoi hasil masakanku..cayalahhh..!!! esok siap ko rendang kerang oiiii akan ku belasah kau habis2an hahaha..!!!

0 Comments:

Post a Comment