Wednesday, January 20, 2010

Movie..filem..huhu nak type camner ek?
Aku bkn lah jenis yg suka layan semua jenis movie
Aku hanya pilih2 tengok filem mana yg box office
yg ramai org dok bercerita dan semestinya filem
cinta dan aksi. Aku lebih santai layan movie yg
tak memberatkan kepala tuk fikir janji filem tu
lakon layar dia best tak kaku dan ada cerita yang
nak di sampaikan bkn aper kekadang ada movie
yg berjela jela tapi alkisah yg nak di salurkan
tak sampai tu yang buat aku bengang

Aku layan jer movie apa bangsa dan bahasa pun janji
plot cerita menarik tak stereotype dan meleret leret
Dalam suka layan apa2 jer movie yang menarik ada juga
jenis movie yg aku tak berapa layan iaitu animasi
tak tau ler pasai per jenis movie camni buat aku lena
dlm panggung atau depan tv kalau aku layan dvd

Antara Movie2 yang aku suka ialah (sejak aku mula
ada minat tengok movie ler kan)

1) Kuch Kuch Hota HaI
cite hindustan ok per sapa kata tak best
tapi bagi aku biarlah cerita cinta sebab org2 benggali ni kalau
bercinta bagai nak rak perlakuan dan perasaannya hehehe
heronya yang sudah pasti handsome & macho, heroin nyer
yg dah memang
superb cantik dan seksi & pemandangan
menyanyi, menari, gelek2 dan guling2
yang perghhhh cantik
gilerrr kekadang ada gak scene yg tak brapa logik depa

dok menari contoh ateh gerabak keretapi nak tau
bahagian mana? bahagian
kepala keretapi maybe berada
di posisi kepala keretapi akan membuat mereka
cepat
sampai agaknya hehehehe



Photobucket

Kuch Kuch Hota Hai bermaksud "Sesuatu Terjadi" adalah sebuah
kisah komedi romantik arahan Karan Johar pada tahun 1998
Kisah persahabatan antara Rahul (Shahrukh Khan),
Anjali Sharma (Kajol)
serta Tina Malhotra (Rani Mukherjee).
Keakraban mereka bertiga
akhirnya terputus apabila Rahul
telah memilih Tina sebagai isterinya.
Anjali (Kajol) terpaksa
korbankan perasaan cinta terpendamnya
terhadap Rahul.
Beberapa tahun kemudian Tina telah meninggal
dunia sewaktu
melahirkan anak sulung mereka. Anak itu di beri nama
Anjali
sempena nama rakan baik mereka. Sewaktu menyambut

ulangtahun kelahiran yang ke-8 Anjali telah mengetahui dari
surat yang di tinggalkan oleh mendiang ibunya tentang rakan
ibu bapanya
yang bernama Anjali yg juga mencintai bapanya
Rahul. Menerusi wasiat
itu dia di kehendaki menjejaki Anjali
untuk disatukan bersama bapanya dan
dari situ lah bermula
cerita bagaimana seorang anak yg berusia 8 tahun
dibantu oleh
datuk dan neneknya dengan kebijaksananya menemukan
sepasang kekasih yang telah terpisah lama.



&&&&& &&&&& &&&&& &&&&& &&&&& &&&&& &&&&& &&&&&

2) Dil To Pagal Hai
Filem muzikal komedi ni memang best (pada waktu tu ler kan..) Lagu-lagunya memang mengasyikkan
sampai terngaga ler aku layan hehehe!!!. Hitung campur, tolak, darab & bahagi dah 9x aku
layan filem ni (4x keatas aku men pilih part2 yang aku minat jer ler ngehngeh!!!)

Dil To Pagal Hai membawa maksud The Heart Is Crazy (Hati Yang Giler Kot!!!) arahan
Yash Chopra dan di bintangi oleh Shahrukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor dan
Akshay Kumar.

Cite mengenai Rahul (Shahrukh Khan) merupakan koreografer terkenal yang mengendalikan banyak pertunjukan pentas
yang berjaya. Dia dibantu oleh rakan penarinya bernama Nisya (Karisma Kapoor) yang dalam diam menyintainya.
Dlm rangka mengadakan satu persembahan Nisya telah di timpa kemalangan sewaktu sesi latihan yang menyebabkan
dia ditahan di rumah sakit. Rahul terpaksa menggantikan Nisya dengan penari yang baru iaitu Pooja (Madhuri Dixit).
Sepanjang latihan bersama, Rahul dan Pooja mula jatuh cinta (part ni yg best sebab masing2 dok pendam perasaan..hehehe!!!)
Tanpa pengetahuan Rahul Pooja telah pun mengikat tali pertunangan dengan teman sepermainanya Ajay (Akshay Kumar)
yang sedang menuntut di luar negeri.
Ketegangan cerita terjadi bila Pooja akhirnya berterus terang kepada Rahul yang dia sudah pun bertunang dan membuatkan
Rahul sedih dan kecewa. Rahul cuba melupakan kekecewaannya dengan berkelakuan seperti biasa walaupun keadaan
dirinya tidak lagi menampakkan keceriaan seperti dahulu. Saat latihan terakhir pementasan Rahul telah menukarkan plot
pertunjukan berakhir dengan kesedihan seolah olah mempamirkan kekecewaan hatinya. Di hari pementasan Nisya telah
kembali untuk memberi sokongan walaupun dia tahu dia tak mungkin mendapat tempat di hati Rahul seperti Pooja.
Pada waktu yang sama Akshay tunang Pooja pun hadir untuk memberi semangat kepada tunangnya. Kesudahannya plot
cerita persembahan telah bertukar dimana Rahul dan Pooja masing2 telah melahirkan perasaan cinta mereka yang
mendalam menerusi lakonan. Akshay yang telah sedia maklum Pooja menyintai Rahul dengan rela hati melepaskan Pooja
demi kebahagian tunangnya. Camtu ler happy ending cite hindustan cam selalunya.

Photobucket




&&&&&& &&&&&& &&&&&&


3) Korea Drama - My Girl
Photobucket

Drama ni memang best bagi aku. Pernah di tayangkan di 8tv suatu waktu dulu.
Asyik sungguh aku menghayati cerita ni sehingga aku betul-betul suka so apa lagi
mula gi cari dvd kat kedai ler. Selain ada dvd cite ni aku muat turun dari website
cite-cite korea kira minat gilerrrr... Aku juga suka dengan lagu-lagu dlm cite ni
sebab selain menyentuh perasaanku irama lagu tu yg buat aku mesti nak dengar
selalu walaupun aku tak faham sepatah haram pun apa yang dia dok nyanyi dalam
cite ni hehehe stended ler... Aku suka cite cinta berunsur komedi ni sebab hero dia
handsome gilerrr heroin dia plak kelakar dan yang paling best plot cite dia yang tak
memboringkan. Kisah percintaan yang malu-malu memang menarik minat aku
sebab selalu sangat di sogok dengan cite omputih yang jalan percintaan dia org terlalu
cepat dan tersangat ler berterus terang tak best camtu. Aku suka dok melangut tengok
love story yang si heroin jual-jual mahal sket dan yang penting hero dan heroin pendam
perasaan dia orang at last baru masing2 luahkannya fuyoooo bestnya percintaan camtu
kan best kalau jadi kat aku camtu. erkkk melalut dah aku ni..
Kat bawah ni aku translate jalan cite dari sinopsis omputih. Puas aku cari sinopsis dalam
Bahasa Melayu tak jumpa pun so aku pun guna ler kepintaran aku terjemahkan
jalan cerita ni (ece ece eceee..sesekali puji diri sendiri ok per!). Perit juga aku dok perah
otak dok cari ayat-ayat kasi ko orang faham bila membacanya. Jom baca kisah disebalik
cerita cinta komedi My Girl ni.

Photobucket

***
PEMEGANG WATAK MY GIRL

Photobucket

Joo Yoo Rin (Lee Da Hae) ialah seorang pemandu pelancung di sebuah syarikat pelancungan kecil di Korea. Dia tinggal bersama ayahnya yang merupakan seorang kaki judi dan Yoo Rin lah yang selalu menyelesaikan hutang piutang ayahnya. Walaupun menghadapi segala kesukaran untuk mendapatkan wang tapi Yoo Rin selalu menemui jalan keluar menyelesaikan masalah kewangan keluarganya. Meskipun Yoo Rin tidak dapat menjalani kehidupan seperti gadis-gadis lain tetapi dia tetap gembira berada disamping ayahnya.Kehidupan seorang kaki judi seperti ayahnya telah menyebabkan mereka terpaksa berpindah randah dari satu negeri ke satu negeri untuk mengelak diri dari di cari oleh pemiutang. Akibat selalu berpindah randah telah membuatkan Yoo Rin dapat menguasai bahasa Cina dan Jepun dengan fasihnya dan ini menambahkan kebolehan untuknya berkomunikasi dengan pelancung-pelancung dari Cina dan Jepun.

Photobucket

Seol Gong Chan (Lee Dong Wook) adalah satu-satunya ahli waris dari pemilik
L'Avenuel Hotel, yang merupakan salah satu hotel yang terkenal di Korea.
Datuknya Seol Woong mengupah seorang detektif untuk mencari cucunya
yang merupakan sepupu kepada Gong Chan. Datuk Gong Chan sebelumnya
telah memutuskan hubungan keluarga dengan emak saudara Gong Chan
disebabkab perkahwinan emak saudara Gong Chan tidak direstui oleh Datuknya.
Masa berlalu dimana Seol Woong telah sedar di atas kesalahannya dan ingin
mencari semula anak perempuannya yang menginap di Jepun. Malangnya
tempat penginapan anak perempuannya telah di landa gempa bumi hingga
terputusnya hubungan untuk menjejaki anak dan cucunya.

Photobucket


Seo Jung-woo (Lee Joon Ki) adalah anak salah seorang pemegang saham hotel
L'Avenuel yang juga merupakan teman rapat Seol Gong Chan. Karektor Seo Jung-woo
tidak seperti Seol Gong Chan yang lebih bertanggungjawab dia lebih meminati hidup
bebas yang tidak terikat dengan sebarang komitmen dan mempunyai ramai kenalan
perempuan. Kehidupannya di luar negara telah membuatkan dia lebih berfikiran
bebas sehingga dia telah di panggil pulang ke Korea oleh ibunya untuk melibatkan
diri dalam perusahaan perhotelan bersama Seol Gong Chan.

Photobucket

Kim Seo-hyun (Park Si Yeon) seorang pemain tenis negara yang menetap
di luar negara telah kembalik ke Korea untuk menyambung semula percintaannya
bersama Seol Gong Chan. Percintaan mereka terputus disebabkan Kim Seo-hyun
ingin ke luar negara mengejar cita-citanya menjadi pemain tenis terkenal. Namun
walau pun dia telah menjadi pemain tenis terkenal ingatannya terhadap Seol Gong
Chan tidak dapat di hapuskan.

()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()


Photobucket

My Girl (Sinopsis)

Hidup bersama ayahnya seorang yang kaki judi dan pemabuk telah menjadikan
Joo Yoo Rin seorang yang tahan lasak dan sentiasa mencari peluang walau dengan
cara apa sekalipun mendapatkan wang untuk mebayar hutang piutang ayahnya.
Dia sentiasa berharap agar kehidupannya akan berubah dan harapanyanya telah
menjadi kenyataan disebalik pertemuannya dengan Seol Gong Chan.

Seol Gong Chan telah menawarkan satu tugasan untuk menyamar sebagai "sepupu"
nya yang telah hilang dalam malapetaka gempa bumi. Keperibadian Joo Yoo Rin
seolah olah karektor sepupunya itu telah membuat Joo Yoo Rin menerima "tawaran"
yang menjanjikan wang lumayan untuk Joo Yoo Rin melangsaikan segala hutang
ayahnya. Walaupun terpaksa berbohong Joo Yoo Rin sanggup merebut peluang yang
ditawarkan kepadanya.

Tawaran itu telah membawa Joo Yoo Rin ke dalam keluarga Seol Gong Chan.
Akhirnya Joo Yoo Rin mengetahui mengapa Seol Gong Chan mendesaknya untuk
berpura-pura menjadi "sepupu"nya yang telah hilang. Keadaan datuk Seol Gong Chan
yang sakit tenat telah membuatkan Seol Gong Chan memenuhi permintaannya untuk
menemui cucunya buat kali terakhir.

Berada dalam keluarga Seol Gong Chan telah membuatkan Joo Yoo Rin menghadapi
keadaan yang sulit untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan yang bersopan santun
dan berperaturan sedangkan selama ini kehidupan bersama ayahnya dalam keadaan
keras dan kasar. Keadaan bertambah kelam kabut bila Joo Yoo Rin dan Seol Gong Chan
masing-masing "telah jatuh cinta" iaitu satu keadaan pada presepsi mereka tidak patut
berlaku antara "pekerja" dan "majikan".

Percintaan yang terjalin "dalam diam" antara keduanya mula mendapat ujian dengan
sekembalinya bekas kekasih Seol Gong Chan iaitu Kim Seo-hyun seorang pemain tenis
negara. Kim Seo-hyun bertekad untuk mendapatkan semula rasa cinta Seol Gong Chan
terhadapnya. Disamping itu masalah juga timbul apabila rakan baik Seol Gong Chan,
Seo Jung-woo juga menyimpan perasaan terhadap Joo Yoo Rin.

Keadaan bertambah rumit apabila datuk Seol Gong Chan sendiri telah mengetahui
"pembohongan" yang dirancang oleh Seol Gong Chan dan Joo Yoo Rin dan dia telah
cuba untuk memisahkan "percintaan" itu. Cinta yang suci dan luhur walau bagaimana
sekali di tentang akan dapat mencari jalan keluarnya sendiri. Akhirnya datuk Seol Gong
Chan menyedari bahawa dengan memisahkan mereka akan memburukkan lagi keadaan.
Akhirnya persetujuannya telah menyatukan semula percintaan antara Seol Gong Chan
dan Joo Yoo Rin so happy ending lerrr!!!

*sedikit petikan kata-kata Joo Yoo Rin kepada Kim Seo-yun >> "walaupun kehidupanku
selalu di linkungi oleh pembohongan tetapi cintaku terhadap Seong Gong Chan bukan
satu pembohongan ia lahir dari hatiku yang tulus dan ianya tetap ada untuk selamanya"

Photobucket




~ T H E * E N D ~













0 Comments:

Post a Comment