Saturday, January 16, 2010

Photobucket


* CeTuSaN RasA PaHiT, MaNiS, MaSaM, PaYaU, TaWaR & KeLaT

Hari ini 10/01/2010 hujung minggu pertama di tahun 2010.
10 hari sudah kita semua menjalani kehidupan di tahun baru dengan segala perancangan
dan azam yang baru semestinya.
Hurmmm...dah 10 hari pertama di bulan dan tahun yang baru mempamirkan satu keadaan,
perasaan dan pemikiran yang aku sendiri tidak begitu pasti apa sebenarnya terjadi.
Kekeliruan dari segenap pelusuk diriku membuat aku sedikit "kelam kabut" memahami
apa mahu perasaan dan hatiku yang sebenarnya.
Hari ini seawal subuh ku celikkan mata sambil mengucapkan syukur di atas keizinanNya
memberi peluang kepada aku untuk menyedut udara segar suatu hari lagi di muka bumiNya.
Separuh hari aku habiskan waktu merenung sembilan hari yang telah aku tinggalkan,
sembilan hari yang membuatkan otak ku kosong, tepu dan beku sehingga aku tersepit di celah-celah kekalutan fikiran yang merimaskan.
Alhamdulillah lewat petang aku telah dikurniakanNya kekuatan fizikal dan mental yang
sepatutnya ada pada diriku sejak sembilan hari yang lalu. Maafkan aku wahai "diri" kerana
membiarkan "dirimu" terjerumus ke dalam suatu "keadaan" yang kau sendiri tidak mampu
untuk "memahaminya".
Semoga dengan terbitnya sinar mentari esok segala impian, hajat dan azam untuk menggapai
kegembiraan, keceriaan dan kebahagian akan termakbul, insyaAllah!







@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Photobucket

Seharian 21hb/1 & Awal Pagi 22hb/1...
air mata gugur lagi lantaran gurisan hati bertambah calarnya
yang pasti keadaan tidak lagi seperti dulu, jangkaan ku meleset
5 hari telah menghibau aku jauh dari "keadaan" yang pernah
aku dapati. Aku buntu tak tahu apa yang harus aku lakukan
yang pasti seolah olahnya aku akan kehilangan dalam erti kata
yang sebenarnya walaupun pada petangnya keadaan dah beransur
pulih. "keselesaan" ku telah di rampas sedikit demi sedikit oleh
keadaan dan keazaman untuk membuktikan sesuatu demi kepuasan hati.
Memikirkan segala usaha jerih perih bersama aku lontarkan segala
sikap kerasku untuk kembali semula membetulkan keadaan yang tak betul
sewaktu "pemergian" aku tapi keadaan telah sama sekali berubah hanya
dalam masa 5 hari. Aku di persimpangan tak tahu apa yang harus aku
lakukan dan fikirkan. keadaan 'sekeliling' telah tidak membenarkan aku
untuk meraih kembali "HAK MILIK" aku yang mulai perlahan lahan terlepas
ke pihak orang lain. Aku hanya mampu melihat dan menangis..menangis
dan menangis. Betapa susah payah kita berdua memajukan apa yang
kita perjuangkan semenjak kita kenal tapi kini jalan perjungan kita tidak
lagi menuju satu matlamat yang sama. Aku sendiri tidak di pedulikan kan
lagi apa tah perasaan ku yg dulu nya di tatang bagai minyak yang penuh.
Kata-kata telah cair dihujung sebuah janji. Aku pasrah andaikata
"HAK MILIKKU" kau rampas dan serahkan kepada sesiapa yang kau
rasa dapat menyenangkan hatimu. Segala rasa sedih, terkilan, kecewa,
hampa dan merana tak dapat lagi perhatian darimu seperti dulu.
aku tidak pasti hari2 esok adakah masih memihak kepadaku atau aku
akan terus TERBIAR & TERCAMPAK jauh
darimu untuk selamanya...

Photobucket


0 Comments:

Post a Comment