Saturday, July 10, 2010

Lamanya ku tinggalkan blog kesayangan ku tanpa sebarang bingkisan baru.Entah ler aku pun tak pasti apa yang aku sibukkan. Malam ni rasanya dapatku ketahui sket yang kekadang diri kita hanya di perlukan bila orang dalamkeadaan "sesak" saja. Rasanya aku yang terlalu alpa dengan kebaikan orang hanya semata mata nak pergunakan kita untuk sesuatu tujuan (ini adalah ayatrakanku yang suatu waktu dahulu aku abaikan tetapi malam ni aku pergunakan atau pinjam ayat dia sekejap).

Maafkan aku wahai blog kerana nak selesakan orang aku tinggalkan kau tanpaperhatian tapi tak mengapa AKU BERJANJI yang perkara ini tidak akan berulanglagi. Mulai sekarang apa2pun "kau" akan aku dahulukan sebab bagiku kesetiaanmumenantiku tanpa sebarang prasangka wat aku terharu. Lebih baik aku tumpukan perhatian padamu dari tempat & orang lain yang tak habis2 asyik menimbulkan rasa sakit hatiku.Semoga "keakraban & kemesraan" kita akan kembali terjalin. Teringat aku akanpepatah mengatakan "kera di hutan di susukan anak di rumah mati tak makan"Biarlah dengan terbitnya mentari pagi nanti akan melenyapkan segala permasalahanfikiran tentang tempat yang membuatkan aku mengabaikanmu blog ku. Selamat Pagi.

0 Comments:

Post a Comment