Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Chaakk!!!...
Ramai yang asyik dok bertanya MarCella ni omputih ker? campuran ker? mix ker?
Aku selalu jawab (dengan slang omputih aku lah) orang putih ker, orang hitam ker yang pasti
aku orang malaysia..hehehe..bkn per kasi gempaq sket.. Aku tak marah dengan pertanyaa depa semua sebab aku tau depa semua dok heran nick omputih tapi cakap melayu dialeq utagha pekat gila..meh2 let's jom baca cite asai usoi nick canggih manggih aku ni.
2 tahun yang lalu..
Pencarian nick aku kali ini tak lah semudah nick2 yg lepas (sebelum ni dah guna nick lain tp kekadang rasa jelak/jemu/cemuih plak tu yg nak tukaq nick lain mana tau nick baru dpt semangat baru.) Kali ni aku tingin nak ada satu nick yang ada alkisah disebaliknya tak peduli ler
kisah sendiri atau kisah sapa2 atau apa2 pun. Banyak juga nick yang aku suka tapi aku tak
berkenan maksudnya tak berdesup dlm sanubari aku so cari punya cari terbaca lah aku
dengan kisah kat akbar pada tanggal 9hb August 2007 dan aku paste kat bawah ni kasi hangpa semua baca juga. Tersentuh hati aku membaca kisah sedih ni sehingga dua hari yang berikutnya iaitu 11 August 2007 @ 01:49:23 GMT aku dengan tak pikiaq panjang, pendek, lebar, sempit, kecik dan besaq register nick MarCella sempena nama adik Nurul Marcella yang terdapat dalam keratan yg aku paste kat bawah ni.
Untuk buat nick aku lebih unik (cam aku juga lah kan unik sangat) aku cipta menjadi m4rc3ll4
[ m 4(a) r c 3(e) l l 4(a) ] sampai lah sekarang aku masih dan tetap akan gunakan nick ni dulu,
kini dan selamanya.
~T A M A T ~
MISKIN PUNCA RENTUNG - Tidak Mampu Bayar Bil Elektrik Sebabkan 5 Beranak Maut
KLUANG 9 Ogos 2007 – Pasangan suami isteri yang terkorban bersama tiga anak mereka dalam satu tragedi kebakaran di Kampung Tengah di sini awal pagi ini merupakan ayah dan ibu yang hidup dalam kesempitan kerana sebahagian besar pendapatan mereka digunakan untuk menyara keluarga dan membiayai pendidikan anak-anak.
Si suami, Kasmuri Jasman, 44, ialah seorang pekerja sebuah kilang mozek di sini dengan gaji yang sederhana. Isterinya, Sufiah Abdul Karim, 41, pula seorang suri rumah tangga. Bergaji hanya RM1,800 sebulan, Kasmuri menyara anak-anaknya seramai tujuh orang dengan tiga daripadanya sedang menuntut di institusi pengajian tinggi.
Mereka sekeluarga tinggal di rumah sewa dua bilik dengan kadar sewa RM200 sebulan.
Pemilik rumah yang disewanya, Jaliah Osman, 60-an, berkata, Sufiah pernah mengadu keluarganya kesempitan wang. Lima hari lalu bekalan elektrik ke rumah itu dipotong kerana Kasmuri tidak dapat menjelaskan tunggakan bil sebanyak RM800.
“Kasmuri menggunakan sebahagian besar daripada wang yang dimiliki untuk membiayai tiga anaknya yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi,” kata Jaliah. Jiran-jirannya percaya kebakaran pada pukul 3.30 pagi di rumah Kasmuri dan Sufiah di Lorong Osman Mohamad Salleh, Kampung Tengah di sini berpunca daripada api lilin.
Dalam kebakaran itu, Kasmuri, Sufiah serta dua anak lelaki mereka, Hishammuddin, 13 dan Izwanuddin, 9, dijumpai rentung bersama anak perempuan, Nurul Macella, 8. Seorang lagi anak perempuan mangsa, Norfarhana Kasmuri, 15, terselamat kerana sempat melarikan diri melalui pintu depan dan kemudian menjerit meminta tolong.
Semasa kejadian, tiga daripada tujuh anak Kasmuri tidak berada di rumah kerana menuntut di tiga institusi pengajian tinggi tempatan iaitu anak sulungnya, Faezah, 20, di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang; Salahuddin, 19, pelajar jurusan kejuruteraan elektrik di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM), Batu Pahat dan Juliana, 18, pelajar kolej matrikulasi di Pulau Pinang.
Hamzah Md. Said, 52, dan isterinya Jim Alias, 55, yang berjiran dengan Kasmuri memberitahu, keluarga lelaki itu menggunakan lilin sejak lima hari lalu selepas bekalan elektrik di rumah tersebut dipotong.
Kebakaran di Lorong Osman Mohamad Salleh,
Kampung Tengah, Kluang, Johor
Kebakaran di Lorong Osman Mohamad Salleh,
Kampung Tengah, Kluang, Johor
Labels: Di Sebalik Kejadian

