Sunday, January 10, 2010

Photobucket


Photobucket

Photobucket
Salam Tahun Baru dariku untuk semua yang sudi melayari laman
blog peribadiku yang tidak sepertinya ini. Alhamdulillah nawaitu ku
sejak dulu ingin mempunyai blog luahan rasa hatiku sendiri telah pun
wujud..dulu cam tidak begitu yakin untuk berkongsi cerita dengan
semua tapi mungkin selaras dengan azam baru 2010 ku yang ingin
jalani kehidupan dengan lebih ceria dan bersemangat telah mendorong
aku mengwujudkan blog ini.
&&&&&&&&&&&&&&&

Sebenarnya aku merupakan orang baru yang melibatkan diri dalam bidang
penulisan blog. Aku tidak mahir pun dalam bidang IT ni lebih-lebih lagi
bab-bab blog seperti rakana-rakan lain dimana blog mereka canggih-canggih
belaka. Semangat ingin mencuba mencipta satu blog luahan rasa hatiku yang
telah mrmbuatkan aku berusaha semampu yang boleh dengan mempamirkan
segala kemahiran dan bakat yang terpendam dan terendam.
Segala nukilan dan entri yang aku muatkan di sini berdasarkan dari pengalaman,
pemerhatian, pembacaan dan ada juga kisah dari rakan-rakan yang aku
abadikan sebagai kenangan. Terdapat juga entri yang aku import daripada
blogger lain dengan tujuan untuk membantu menyebarkan maklumat kepada
para pengunjung. Aku juga berharap dengan cara ini aku akan dapat belajar
sesuatu yang baru dalam bidang penulisan blog.

&&&&&&&&&&&&&&&

Sekalung terima kasih kepada semua pengunjung dan teman-teman di atas
pandangan dan nasihat yang diberikan. Melalui komen anda semua dapat
menambahkan semangat untuk aku menulis lebih banyak entri menarik
untuk di kongsi bersama.Semoga apa yang tertera di halaman blog ku ini
sedikit sebanyak dapat memberi kita semua tauladan dan sempadan
dalam menjalani liku-liku hidup ini dan semoga kita semua akan diberkati
Allah selalu..aminnn!!!! Andaikata ada di antara pengunjung yang ingin
mengenali dirku dengan lebih mendalam boleh lah menghubungi diriku
melalui amplikasi YM marcella_cutemute@yahoo.com

0 Comments:

Post a Comment