Wednesday, February 24, 2010

Galeri Motivasi

Koleksi motivasi untuk dikongsi bersama..
Jom Tengok, Baca, Renung, Fikir-fikir dan kalau bersesuaian
boleh lah
terap dalam diri sendiri, occay! Jangan main terap
jer tau mesti amalkan dengan penuh kesungguhan sebab kalau
ada cara takdak usaha tak leh jadi so kuatkan azam, berusaha
bersungguh sungguh, tawakal, sabar insyaAllah segala impian
akan menjadi kenyataan! Jom sama-sama kita jerit dalam diri
sendiri "Bersemangat..bersemangat...!!!"


MOTIVASI KEJAYAAN
TIGA TIPS BAGAIMANA MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER MOTIVASI KEJAYAAN

Photobucket

Caranya:
1. Bukak kitab suci Al-Quran secara rambang dan baca halaman pertama yang Anda buka.
Biasakan membaca 1 halaman Al-Quran dalam sehari.
2.Selepas membaca, fahami maksud ayat yang anda baca dengan merujuk pada tafsir
Al-Quran. Ingat nama surat Al-Quran yang anda baca tadi.
3.Kemudian ambil tafsir Al-Quran lalu cari ayat yang anda baca. Fahami maksudnya.
Fikirkan, hadamkan, ingat selalu.

Anda akan mudah ingat maksud ayat Al-Quran yang Anda baca jika Anda membaca 1 halaman sehari. Minda kita senang mengingati perkara-perkara yang simple.
Bila dah biasa mengamalkan teknik ni lebih dari 3 kali dengan kerelaan hati didorong oleh NIAT untuk mencari cetusan motivasi dalam usaha nak mencapai kejayaan, anda akan
merasai getaran semangat yang luar biasa. Anda tiba-tiba berani. Anda tiba-tiba merasai kemahuan tinggi yang membuak-buak, panas menggelegak. Kemahuan itu mendorong anda mahu berjaya dalam apa yang anda usahakan sekarang ni.Bila anda lakukan secara istiqamah, kesannya jauh lebih mendalam dari membaca buku-buku motivasi biasa.

**********

DR FADZILAH KAMSAH ~
MEMBINA YAKIN DIRI BERMULA DARI MEMBINA KETENANGAN

Yakin diri bermaksud kita ada kawalan penuh terhadap semua yang kita cakap
dan semua yang kita buat. Untuk membina sikap yakin diri, terlebih dahulu
anda kena berlatih mengawal perbuatan anda dan mengawal percakapan anda.
Fikir dulu sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap.
Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila anda bercakap tergagap-gagap,
teragak-agak, cakap main lepas dan anda dikawal oleh emosi.
Anda akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan perbuatan apabila
anda selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri mempamer air muka yang tegang,
yang stress, yang ‘blur’ atau yang bingung. Itu petanda emosi menguasai anda,
bukan anda yang menguasai emosi. Biar kita nampak cool dan tenang-tenang saja,
barulah keyakinan diri kita ada pastu kekal lama pula. Ketenangan ambil sedikit masa
untuk dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan juga lakonan
berterusan. Lakonan cemana? Berlakon menjadi orang yang tenang saja, tenang setenang-tenangnya. Jika sebelum ni anda orang yang tak yakin, bahkan tidak ada keyakinan,
lakukan latihan ketenangan diri. Pejamkan mata untuk seketika, bernafas perlahan-lahan
dan diamkan diri seketika. Amalkan setiap hari supaya anda merasa tenang selalu,
lantas membangkitkan sikap yakin diri. Orang yang kita nampak konpiden, biasanya tenang-tenang saja.


Photobucket

**********

DR FADZILAH KAMSAH ~
CUCI OTAK

"Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati:
Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

"Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orangsekeliling
menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh
dengan tekanan."

"Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif.
Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur."

Photobucket
Align Center

********

BANYAKKAN BERCAKAP DAPAT MEMBINA SIKAP YAKIN DIRI

Orang yang banyak bercakap, dia yakin pada diri sendiri. Tak ada timbul sikap takut-takut, sikap teragak-agak ataupun gemuruh.

Selain mengubah gaya berjalan, untuk membina keyakinan diri, latih diri anda banyak bercakap. Mulakan dari rumah atau mulakan ketika berada bersama kengkawan anda.

Banyakkan bercakap dengan mak, ayah, adik beradik dan sesiapa saja.

Lakukan setiap hari. Selepas seminggu, anda akan perasan orang yang anda tak kenal pun anda boleh ajak bercakap..tanpa rasa malu!

Ketika anda sedang bercakap dengan seseorang, tetapkan anak mata anda.

Jika anda tertoleh-toleh ke kiri dan ke kanan atau tunduk saat anda sedang bercakap, itu petanda anda kurang keyakinan diri.

Ketika bercakap, neutralkan muka dan pandang orang di depan anda dengan pandangan santai. Orang di depan anda akan merasa selesa bercakap-cakap dengan anda.

Jika anda perasan yang anda kehabisan idea untuk bercakap, tarik nafas perlahan-lahan lalu hembus perlahan-lahan. Ulang sebanyak 3 kali.

Lama-kelamaan idea muncul tanpa di sangka-sangka. Otak kita memerlukan lebih banyak oksigen untuk mengeluarkan lebih banyak idea.

Semakian banyak anda bercakap, semakin yakin anda jadinya.
Photobucket

**********


BERJALAN CEPAT UNTUK MEMBINA KEYAKINAN DIRI

Anda boleh lihat tahap keyakinan diri seseorang dengan melihat pada gaya jalannya.

Jika anda sedang berusaha untuk membina keyakinan diri, mulakan dengan mengubah gaya anda berjalan.

Orang yang ada keyakinan diri berjalan dengan tenang, postur badan yang tegak, bukaan langkah yang luas, langkah laju dan teratur. Laju berjalan tak semestinya berjalan kelam kabut tapi jalan yang neutral – tak terlalu lambat, tak terlalu laju.

Pada peringkat permulaan anda mengubah gaya anda berjalan, anda akan terasa sedikit kekok.

Cuba tengok gaya orang-orang berjawatan besar berjalan, gaya seorang pemimpin berjalan dan gaya seorang ketua berjalan.

Anda akan perasan gaya jalan mereka hampir serupa, iaitu neutral, bukaan langkah yang luas dan postur badan berada pada
kedudukan tegak, tak membongkok dan tak terlalu mendada. Ikut langkah ni dan amalkan selalu. Berjalan dengan bukaan langkah yang besar dan mata anda tegak memandang ke depan.

Bila gaya jalan camni dah jadi tabiat anda, Anda akan dianggap sebagai orang yang berkeyakinan tinggi.

Anda akan mula rasa selesa dengan gaya berjalan yang camtu, lantas membuat anda merasa yakin. Tak ada lagi perasaan gugup atau gusar.

Photobucket



**********

RASA TAKUT PENGHALANG YAKIN DIRI

Takut adalah penghalang besar kepada sikap yakin diri. Orang yang ada sikap yakin diri
boleh hilang keyakinan dirinya simply kerana dia tiba-tiba takut pada sesuatu atau pada seseorang.Jika cinta adalah emosi positif yang paling kuat, takut pula ada emosi negatif yang paling kuat. Apabila Anda konpiden tapi dalam masa yang sama ada rasa takut, takut tu akan lebih banyak menguasai emosi anda.

7 jenis takut yang menghalang rasa yakin diri adalah:

1. Takut mencuba atau membuat perkara baru.
2. Takut mengambil risiko, takut mendepani risiko.
3. Takut memikirkan sesuatu yang tak pasti dan sesuatu yang
belum pasti.

4. Takut dikritik.
5. Takut dikalahkan oleh pesaing.
6. Takut diketawakan, dicemuh dan diumpat-umpat.
7. Takut diherdik dan dimalukan di depan ramai orang.

Nak melawan rasa takut ni, caranya adalah membina keberanian.
Jika kita lawan rasa takut, kita akan rasa berat, payah, susah.
Tapi, bila kita melawan rasa takut dengan membina keberanian lalu merelakan
rasa berani menguasai fikiran kita, rasa takut akan pergi dengan sendirinya.
Kebanyakan usahawan berjaya, pelajar cemerlang dan ibu bapa cemerlang adalah
mereka yang berani. Nak berjaya, kita kena berani – berani ambil risiko,
berani mendepani kata-kata kurang enak ditujukan pada kita.

Photobucket

0 Comments:

Post a Comment