Monday, February 22, 2010

Lagu Kenangan

Sepanjang aku berada di dunia mIRC ramai sudah orang yang aku kenali
dan sehingga kini ada di antara mereka yang masih lagi menjadi teman
"chatting" aku dan ada juga yang telah menyepikan diri mungkin mereka
sibuk atau tidak lagi berkecimpung dalam dunia maya yang selalu di
letak kan kepada status "tidak menjanjikan apa-apa"

Entah kenapa di awal pagi 22/02/2010@12:16 aku secara tiba-tiba teringat
akan lagu-lagu pemberian rakan-rakan "rapat" yang suatu waktu dulu dengan
murah hatinya menujukan sesuatu lagu khas untuk aku. Diantara lagu-lagu
yang masih segar di ingatanku ialah pemberian seorang abang yang berasal
dari Sabah (biarlah aku rahsiakan nama atau nicknya) sewaktu aku mula-mula
berjinak-jinak 'serve" mp3 untuk rakan-rakan di sebuah cenel. Ada 3 lagu
yang telah diberi oleh "abang" itu kepadaku. Walaupun perhubungan kami
telah lama terputus tapi kenangan mendapat lagu-lagu ini tetap segar di ingatanku.

Tajuk Lagu : Aku Sayang Padamu
Penyanyi : Atiek

Lirik lagu ni simple, maksudnya juga berterus terang menceritakan betapa
sayang dan rindu telah menguasai diri. Nak dengar lagu ni jom layan.




Tajuk Lagu : Merah Itu Cinta
Penyanyi : Leez AF4

Photobucket

Pernah ku tertanya
Warna yang manakah
Meronai cinta
Dalam kehidupanku

Dulu ku rasakan
Malam kebiruan
Disulami rindu
Hamparan kehijauan

Segalanya kebahagiaan
Nyata sudah kemerahan
Warna ceritaku melayari
Harapan

Merah itu cinta
Sukar digambarkan
Tanda pengorbanan
Yang tak terhingga
Merah itu rindu
Hanya aku tahu
Tanda kesetiaan pada yang dicinta
Pertama kali ku mengenali
Selamanya aku rasai

Namun ku tahu
Keranamu jua
Terus ku hirup makna yang indah ini
Namun ku tahu
Keranamu jua
Terus ku simpan anugerah tak ternilai

Merah itu cinta
Sukar digambarkan
Tanda pengorbanan
Yang tidak terhingga
Merah itu rindu
Hanya aku tahu
Tanda kesetiaan pada yang benarku damba

Merah itu cinta
Sukar digambarkan
Tanda pengorbanan
Yang tidak terhingga
Pertama kali ku mengenali
Selamanya aku rasai


Tajuk Lagu : Asmara
Penyanyi : Novia Kolopaking




Tajuk Lagu : Rapuh
Penyanyi : Opick

Lagu Rapuh & Dambaan di bawah ini adalah lagu kenangan yang selalu di request
oleh rakan opserve yang baik sangat orangnya dan sehingga kini dia masih lagi
menjadi seorang kawan yang "faham" tentang diriku walaupun kami jarang berchatting




Tajuk Lagu : Ribaibaru (Rivival)
Penyanyi : Mayumi Itsuwa

Best kan dengar lagu Jepun lama ni. Lagu ni dikategorikan sebagai lagu klasik
Jepun yang di nyanyikan oleh beliau sendiri. Matyumi Itsuwa ialah seorang penyanyi,
pengubah lagu, penulis lirik dan pemain kibod yang terkenal di Jepun. Pertama kali
aku mendengar lagu ni semasa aku bersama teman-teman makan malam disebuah hotel.
Lagu ini telah di nyanyikan oleh penyanyi sebuah live band dari Filipina dan sekali
dengar aku telah mula suka dengan irama lagu ni walaupun aku tidak tahu maknanya.
Desakan hati ingin tahu siapakah penyanyi asal lagu ini telah membuatkan aku hilangkan
rasa malu pergi berjumpa penyanyi live band tersebut dan akhirnya aku diberitahu bahawa
lagu ini ialah sebuah lagu klasik Jepun yang dinyanyikan oleh Mayumi Itsuwa. Pulang
kerumah aku terus muat turun kan lagu ini untuk di senaraikan bersama koleksi lagu-lagu
ku yang lainnya.




Tajuk Lagu : Dambaan
Penyanyi : Didicazli




Tajuk Lagu : Seandainya Tuhan Mengizinkan
Penyanyi : Stings

Huhuhu lagu jiwang karat tangkap lentuk ni dihadiahkan oleh seseorang yang istimewa
dalam hidupku. Setiap kali membuat permintaan lagu kerap juga dia akan memilih lagu
ni. Bait-bait lirik lagu ni memang menyentuh perasaan kan? Kenyataan hidup terdapat
dalam lirik lagu ni bahawa kita sebagai makhluk Tuhan hanya bisa merencanakan tapi
Allah Yang Maha Esa yang akan menentukannya. Terima kasih kepada insan istimewa ini
yang pandai mencari lagu yang bersesuaian dengan keadaan yang di alami.




Tajuk Lagu : Izinkan Selamanya Namamu Di Hati
Penyanyi : E.Y.E.

Lagu jiwang tangkap nanges ni plak adalah lagu kenangan yang di hadiahkan oleh seorang
abang DJ sewaktu aku mula berjinak jinak dalam bidang penDJian (rosak ayat tapi aku tahu
ko orang faham dengan apa yang aku maksudkan). Hingga sekarang abang ini sesekali ada
juga menegurku di amplikasi YM dan dia juga masih mengusikku dengan bertanya masih kah
aku minat melayan lagu ini. Walaupun lagu ini tidak di hadiahkan oleh sesiapa kepadaku
aku tetap meminatinya sebab stended ler lagu yang liriknya menyentuh perasaan memang
aku minat sangat-sangat.





Tajuk Lagu : Love To Be Loved By You
Penyanyi : Marc Terenzi

Hurm..lirik lagu ni memang memberi erti yang mendalam kepadaku walau pun hanya
sebentar waktu. Lagu kenangan aku bersama salah seorang rakan opserve dan DJ yang
banyak menolong aku mengenai setting omen opserve mp3 dan juga rakan berbual selepas
jam 12 hingga pagi (sementara menunggu waktu sahur di bulan Ramadhan 1430 Hijrah).
Walaupun sekarang ini perhubungan kami "sudah tiada" tapi aku masih menyukai lagu
ini kerana bahagian lirik lagunya "Love To Be Loved By You" telah kami jadikan slogan
ataupun kata laluan sewaktu kami berchatting bagai nak rak di sekitar bulan Julai hingga
Oktober 2009 (kalau tak silap aku lah). Apa-apa pun aku tidak mahu bermusuh dengan sesiapa yang pernah menjadi temanku tak kisah lah walau aku tidak mendapat layanan yang sama dari orang-orang yang pernah mengenaliku. Perkara yang berlaku biarlah berlalu yang
penting hidup mesti diteruskan..chayokkk..!!!chayokkk...!!!





Tajuk Lagu : Tian Xia Wu Shuang
Penyanyi : Jane Zhang

Erkk!!! terselit sama kat sini Chinese Song. Hehehe..lagu ini telah diberi menerusi
email kepadaku oleh seorang rakan chat yang memang minat lagu-lagu Jepun dan

lagu Cina sehingga melalui chatting aku dapat tahu bahawa kalau di beri pilihan dia
nak dapatkan seorang gadis Cina atau Jepun untuk dijadikan kekasih hatinya. Ok lah tu
kalau itu yang di idamkannya, semoga dia berjaya mendapat apa yang dihajatinya.
Lagu ini adalah OST filem Return Of Condor Hero 2006





Tajuk Lagu : Sir Gobang Gosir
Penyanyi : Lusiana Safara

Rasa tak lengkap plak antara banyak2 lagu kenangan tak tersenarai lagu dangdut
peminat gelek gerudi dangdut lah katakan. Lagu ni 1st time aku dengar kat satu online
radio dimana dj waktu tu ialah "abang angkatku" Bila terdengar irama yg memang best
gedik2 manja ni apa lagi terus minta kat abang tu..sib baik mood dia baik dia terus
kasi..wahh sonoknya layan. Irama dangdut serupa ini di Indonesia di gelar dangdut koplo
tak tahu plak aku apa maksud koplo tu. Yuk dengar dan gelekkk..gelekkk... jangan terseliuh
pinggang dah ler hahaha!!!




Tajuk Lagu : Bete (Jemu)
Penyanyi : Manis Manja Group

Lagu ni memula aku dengar apabila seorang listener nick Adinda telah buat permintaan
semasa aku berdj suatu hari tu. Aku tak der lagu ni dalam simpanan so aku terpaksa ler
download untuk mememnuhi permintaan dia. Bila di putarkan aku plak yang asyik lebih
layan hehehe.. stended ler lagu dangdut kat peberet aku so apa lagi terhangguk hangguk
dok ikut sama-sama nyanyi lagu ni. Hingga ke saat aku menaip ni aku masih lagi gemar
melayan dengar lagu ni dan boleh di katakan sejak kenal lagu ni ari-ari aku dok putaq
dok dengaq sambey kiraoke hehehe...




Tajuk Lagu : Diam-Diam Jatuh Cinta
Penyanyi : Ramlah Ram

Yehaaa!!! lagu ni memang best..memang evergreen. Ramai yang suka sangat-sangat
lagu ni nak tau pasai apa? Yang pastinya lirik dia lah yang mengancam buat ramai
yang suka nyanyi dalam pancoq (bilik air), bersiul-siul masa cuci keta atau moto,
nyanyi pelan-pelan masa tengah iron baju dan apa saja ler pekerjaan yang santai².
Sebab kenapa lagu ni termasuk dalam senarai lagu-lagu kenangan aku ialah jeng..jeng..
bukanlah aku tengah dok pendam perasaan kat seseorang dalam diam-diam tapi tak tau
lah kan kalau ada orang yang diam-diam jatuh feeling kat aku hahahaha!!!
Aku letak juga lagu ni kat column lagu kenanganku sebab abang angkat ku yang sorang ni
dia ni slim sangat² tak pasti dia leh angkat aku ke tak?..hehehehe!!!)
Nama abang angkat ku Sham aku panggey dia abang Sham. Nick dia kat irc yang aku ingat
ialah Rockmaster & Jurutera sebab nick ni jer yang aku prasan aktif. Dia memang minat
sungguh kat lagu ni kira kalau aku DJ dia mesti request lagu wajib dengaq dia ni bukan tu jer dia siap menaip lirik lagu ni dan gedik² bahu kat screen cenel. Apa-apa pun abang angkat ku yang sorang ni memang best sebab dia tak pernah lupa nak kasi flying kish dia yg laju kat aku setiap kali dia join cenel. Thank You abang Sham for being so nice, caring and loving to baby (panggilan manja dia kat aku "baby" so ko orang jangan ler jeles k!)

0 Comments:

Post a Comment