Saturday, February 20, 2010

Photobucket



Album duet diva popular dari Malaysia berentap vokal dengan diva popular dari Indonesia
telah pun berada dipasaran. Judul album ini adalah terangkum dalam CTKD, gabungan dua nama ikon ternama ini iaitu canda, tangis, ketawa, duka. Terdapat 6 buah lagu duet Dato’ Siti Nurhaliza dan Krisdayanti dalam album ini dan sebagai bonus disertakan 4 buah lagu minus one.

Album ini dihasilkan dengan kerjasama daripada komposer yang kreatif dan terkenal termasuklah Audy Mok, Aubrey Suwito, Sharon Paul dan juga buat pertama kalinya Dato’ Siti Nurhaliza menggunakan khidmat dari vokalis ST12 bernama Chaly.

Kris Dayanti dan Dato’ Siti Nurhaliza, dua nama besar yang tidak perlu di pertikaikan lagi
kemampuan, kebolehan dan kehandalan mereka menakluki industri hiburan sehingga
mereka digelar diva tersohor dan mempunyai empayar besar di industri hiburan di Malaysia mahupun Indonesia malahan mereka juga dikenali di Asia Tenggara.

Berbagai anugerah dan kejayaan yang telah mereka raih sepanjang perjalanan seni dan juga konsert solo dan persembahan yang mereka jayakan yang selalu mendapat sambutan hebat
juga sedikit sebanyak telah menjadikan album duet ini dijangka akan menjadi sebuah album yang diminati ramai terutamanya peminat-peminat kedua dua penyanyi ini.

Bukan itu sahaja, keakraban Kris Dayanti dan Dato' Siti Nurhaliza memang tidak perlu
dipersoalkan lagi, mereka saling menghormati diantara satu sama lain. Kris Dayanti dan
Dato' Siti Nurhaliza juga pernah membuat persembahan di pentas yang samatidak kira di Malaysia mahupun di Indonesia.

Judul² lagu yang terdapat dalam album CTKD ialah :-

Jikau Kau Tak Datang
Sebagai Teman
Tanpamu,
Amarah
Hanya Dia
Dalam Diam Ku

Semoga kehadiran album yang ditunggu tunggu ini dapat mewarnai lagi industri muzik
negara kita maupun negara Indonesia. Kalau anda merupakan peminat setia Dato' Siti
Nurhaliza dan Kris Dayanti tunggu apa lagi tak gheti-gheti nak beli ker? hehehe!!!

Antara 6 lagu yang termuat dalam album ini yang paling ai suka sangat2 ialah
"tanpamu" tak caya cuba you all cuba try test dengar mesti rasa sayu dan terbuai
kan kan kan???

Jom kita kara'occay' sesama lagu ni dan pastikan you all on mode cedey, sendu dan
pilu..boleh camtu?

**

Lirik Lagu Tanpamu - Siti Nurhaliza & Krisdayanti [cdkd]

**
Biasanya aku lelap tidur...
terbangun 'tuk fikirkan diri mu
mengenangmu yang kini telah jauh

Biasanya aku tenang tidur
terbuaiku mengingat dirimu
mencintamu namun kau terlalu jauh

Kucuba lupakan dirimu
mengingatmu hancurkan hatiku

Dahulu seia sekata,
namun kini semua telah berlalu

Sayang kuingatkan dirimu....
bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.
**



0 Comments:

Post a Comment