Saturday, March 13, 2010

Benganggg...!!!

Photobucket

Bengang..!!!
Bengangg..!!!
Benganggg..!!!

Ni lah keadaan diri aku sejak kebelakangan ni. Tahap bengang
aku terhadap mamat sorang ni memang dah paling maksima.
Aku sendiri tak tahu dah nak buat camner sebab makin dia tahu
aku bengang kat dia makin dia buat cam takder pepe terjadi.
aku akui yang aku bukan laih baik, bagus dan perfect sangat
tapi sebagai manusia biasa kita ada cara penerimaan tersendiri.
dah hampir setahun tiga bulan aku kenal dia tapi entah ler sejak
kebelakangan ni semua keadaan asyik tak kena saja. sejak mula
kenal dia mahu aku jadi diri aku sendiri walaupun kekadang dalam
sesetengah keadaan ada juga kes kita terpaksa berlakon atau
pura-pura demi menyelamatkan keadaan, tapi setahun aku jadi
diri sendiri hasilnya camni ler at last aku yang benganggggggg!!!

Tak der masalah besar sangat walaupun dia selalu kata aku suka
besar2kan perkara kecil. Bagi aku kalau perkara kecil tak leh
handle camner nak handle perkara besar. Setakat hari ini yang
aku pasti setelah aku kaji ialah "tak der persafahaman yang mendalam
antara kami". Punca terjadi semua ni kerana masing2 tak leh nak
selesakan kehendak masing2.

Selalunya kan kita akan mengelak dari melakukan apa sahaja yang tidak
di sukai oleh orang yang rapat dengan kita tak kisah ler parents, adik beradik,
sanak saudara,teman, rakan dan taulan tapi pelik dengan sikap mamat ni
lagi aku tak suka sesuatu benda atau perkara selagi tu ler yang dia akan
ulang buat Aku dah penat marah, sakit hati, bengkak jiwa dengan cara dia
tapi benda ni juga lah yang aku terpaksa lalui hari-hari. Aku dah
betul-betul letih argue dan bertelingkah pendapat dengan dia tapi mungkin
dia tahu aku ni lembut hati selalu terima jer apa tindakan dia yg menyakit
hati aku. Dia juga faham sangat yang marah aku hanya sekejap kemudian
aku akan melayan dia semula sebab tu dia masih tak nak ubah sikap dia.
Dah banyak kali aku beritahu dia yang aku bukan bagus sangat bukan baik
sangat so tak payah ler menghubungi aku lagi tapi dia masih dengan sikap
dia yang selalu buat aku marah dan tension kemudian dia akan minta
maaf dan berlagak cam tak der pepe terjadi...huhuhu tak ke biol aku di buatnya.

Sejak dulu aku perasan seandainya dia tak puas hati atau marah kat aku
dia akan "tibai" aku cukup-cukup dengan ayat dia lepas tu dia akan minta
maaf dengan rasa penuh kesalan kemudian dia akan pujuk aku dan keadaan
jadi seperti sediakala. Bila dia minta maaf seolah olah dia memang tak
sengaja nak sakitkan hati aku tapi yang pasti "ayat-ayat yang dia nak tuju
kat aku dah sampai" so bila keadaan dah seperti asal dia akan rasa puas sebab at last aku dah dapat berbaik ngan dia dan "ayat-ayat" yang dia nak "tibai" aku pun dah dia lepaskan kat aku. Aduhhh...sekarang ni aku asyik gaduh ngan dia sehari lebih dari sekali ni yang buat aku tak der mood nak buat aper pun.
Yesterday untuk kali yang keberapa puluh kali kami argue lagi masing2
saling berbalas sms menuduh dan mengungkit kisah yang lama2 kemuncaknya
dia kata aku "gedik" dalam menjalin persahabatan dengan orang lain.
Dia hangin sebab katanya aku dah melakukan perkara yang dia tak suka
tapi selama ni dia dok buat benda yang aku tak suka tak per plak!
Sehingga waktu entri ini aku uploadkan aku tengah "berperang" dengan dia.
Ayat dia selalu suruh aku salahkan diri sendiri jangan asyik salahkan orang lain. Aku sedar tentang itu sebab tu lah aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia atas sebab aku salahkan diriku sendiri. Aku bukan lah bagus sangat untuk jadi sesiapa dalam hidup dia so tak perlu menghubungi aku lagi habis cite tak der sapa2 pun nak sakit hati dan serabut kepala Grrrrrrrrrr!!!!

Hingga saat ini aku memang blur tak tahu nak buat camner. Kalau
korang pernah alami keadaan camni atau korang ada pendapat dan
petua camner aku leh hilangkan bengang aku ni meh letak kat ruangan
komen sebab aku terfikir juga, kan best kalau aku boleh masuk dalam
peti sejuk kasi cool sket nak masuk dalam freezer karang keras plak jadinya
namun apa kan daya semua peti sejuk tak muat untuk aku. Arrgghhh..grrrrrrr!!!!!!


Photobucket


0 Comments:

Post a Comment