Thursday, March 11, 2010

Bangun pagi ni fikiran buntu seketika. Tiba-tiba ada pelawaan kuar ronda-ronda lunch
kat luar. Memula malas nak pergi ingatkan nak berdj sebab dah beberapa kali gak dj asyik sam broadcaster sangkut2. Akhirnya aku memutuskan untuk kuar jalan-jalan dari
mengadap pc dan berdj atas sebab untuk mengelakkan aku "tension" dan "sakit hati"
Tinjau dlm suratkabar tengok pepe movie menarik rasa cam nak menonton gak dan
at last terpandang tayangan 'Alice In Wonderland" huhhh.. pa lagi terus bergerak cergas gi pawagam beli teket. Waktu tayangan kul 2:45 so sempat ler lagi pekena sizzling noodle kasi perut sendat dan ketat baru njoy menonton nanti.

Tengok pada tajuk movie pun dah tahu ni cite budak2 tapi ok per sesekali masuk ke alam dunia budak2 yang pasti tak perlu fikir tentang masalah happy all the time hehehe!!! Aku nak sangat tengok movie ni sebab lama dah tak tengok cite2 dongengan dalam hutan ni. Impian masa kecik2 dulu ada juga nak masuk dalam taman yang banyak
pokok2 hijau dan beraneka bunga-bunga berkembang dan yang pastinya aku juga
tingin nak tengok pokok, dahan-dahan dan bunga-bunga bercakap tentu comey kan?
Kat bawah ni aku sertakan serba sket sinopsis yang aku faham tentang jalan cerita dia
so kalau ko orang pun rasa cam aku ingin bebaskan masalah orang dewasa dan nak
merasai betapa bestnya berada di alam kanak-kanak gi ler menonton movie ni occay!

Photobucket

Sinopsis
--------
Pelakon dan Watak :-
Mia Wasikowska as Alice.
Johnny Depp as Tarrant Hightopp, the Mad Hatter.
Helena Bonham Carter as Iracebeth of Crims, the Red Queen.
Anne Hathaway as Mirana of Marmoreal, the White Queen.
Crispin Glover as Ilosovic Stayne, the Knave of Hearts.

Sejurus setelah kematian bapanya, Alice Kingsley, 19, menghadiri majlis di ladang Victorian. Dia diberitahu bahawa majlis itu di adakan sempena "pertunangan" antara dia dan Hamish Ascot dimana keluarga Ascot sekarang adalah pemilik firma perdagangan bapanya. Dalam kekeliruan untuk membuat keputusan menerima lamaran pertunangan Alice telah melarikan diri dengan mengikut jejak seekor arnap putih Nivens McTwisp dan telah terjatuh kedalam sebuah lubang yang terowongnya menuju ke Wonderland, suatu tempat yang tanpa disedarinya pernah di lawati didalam mimpinya sewaktu dia kecil. Kunjungan Alice pada kali ini telah menemukan semula dia dengan rakan-rakannya seperti white rabbit, sikembar Tweedledum & Tweetledee,
para tikus, Blue Caterpillar, Ceshire Cat dan juga Mat Hatter.
Kedatangan Alice ke Wonderland telah melibatkan dirinya dalam misi menentang Jabberwock naga ganas yang selalu menjaga kekuasaan Iracebeth, Ratu Merah yang telah menguasai Wonderland dari adiknya Mirana, Ratu Putih. Meskipun pada mulanya Alice ragu-ragu untuk menentang Jabberwock tapi akhirnya dengan keyakinan diri dan semangat yang tinggi serta sokongan rakan-rakannya Alice dengan menggunakan pedang Vorpal telah berjaya menentang Jabberwock dan sekaligus menundukkan kekuasaan Ratu Merah pada Frabjous Day. Atas pertolongan Ratu Putih, Alice akhirnya telah kembali semula ke ladang Victorian dimana Hamish Ascot masih lagi menunggu keputusannya. Alice menolak lamaran Hamish dan mengambil
keputusan bekerja sebagai perantis kepada bapa Hamish dan juga meneruskan cita-cita bapanya yang ingin mengembangkan perusahaan perdagangan ke laluan negara China.

Photobucket

0 Comments:

Post a Comment