Friday, March 5, 2010

Photobucket
Hari Ini 5hb.March.2010 ialah hari lahirku yang ke-26
Uwaaaaaaaaa!!!! dah bertambah setahun umuq aku
tapi takper aku selalu ingatkan diriku bahawa umuq tu
adalah sekadar angka cam omputih kata "age is just
a number" yang penting walaupun umuq meningkat
kesihatan menten baik-baik saja pemikiran makin
matang dan tindakan makin dewasa.

Cam selalu ramai rakan-rakan taulan yang beri ucapan
seawal jam 12:01 5hb March dan ada juga yang awal-awal
dah ucap selamat di mulai dengan kata-kata 'Happy Birthday
In Advance" dengan alasan baik ucap awai-awai takut lupa.
kena plak ucap "Happy Belated Birthday". Tak kisah lah awai
ker lambat ker janji keikhlasan ingatan dari hati yang tulus.

Ada gak kekawan tanya apa azam sempena sambut hari ulang
tahun kelahiran. Ermm..aku jawab yang simple-simple jer cam
selalu "semoga sempena di usia yang baru ni aku akan di
beri kesihatan yang baik dan segala perjalanan hidupku akan
dipermudahkan oleh Allah S.W.T. insyaAllah..amin!!!

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memberi ucapan
selamat. Sesungguhnya aku terharu masih ada ramai rakan-rakan
yang mengingati hari ulang tahun kelahiranku. Terima kasih juga
kepada yang menerima aku seadanya semoga kehidupan korang
semua akan diberkati Allah selalu.

Kat sini nak share beberapa ucapan2 yang diberi oleh rakan-rakanku.

(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(00)

Photobucket
Ucapan yang ku terima 2 hari sebelum hari besdayku. Mamat ni budak Pasir Mas Kelantan
merantau bekerja di Negara Orang. Dah lama dia tak nyakat aku kat ym tetapi sempat plak
send email wish ni. Apa-apa pun semoga dia selamat di perantauan.

(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)

Photobucket
Ni rakan yang ku kenal sejak 2 tahun lepas (kalau tak salah ler!) Tahun ni 1st time
dia wish besday aku sbb tahun2 yg lepas dia tak tahu bila besday aku. Aku tak sangka
plak selain kek dia kasi kimono kat kat aku. Maybe dia ingat aku lawa kot pakai kimono
hehe.. mentang2 ler dia minat kat aweks2 Jepun sampai aku pun dia nak suruh pakai kimono.
Aku tak leh bayangkan camner orang yang kalut cam aku pakai kimono yang garenti nyer
tersembam menyembah bumi. By the ways tks alot yer pacat gunung (nick dia pun sempoi haha!!!)

(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)

mIRC Webchat Server
Session Start: Fri Mar 05 15:18:12 2010
Session Ident: #bayu

[15:27] * Jurutera flying kiss baby selaju 720teraflops
[15:28] Jurutera : HEPI BESDAY!!! baby
[15:28] Jurutera :))
[15:29] m4rc3ll4 : salam abg Jurutera
[15:29] m4rc3ll4: tks abang sham
[15:29] Jurutera : nak hadiah kena jumpa
[15:29] m4rc3ll4 : mesti abang kasi tiak ayam MacD kan?
[15:30] m4rc3ll4 : gelak
[15:30] Jurutera : hihi
[15:30] Jurutera : baby nak mekdi?
[15:30] Jurutera : øKåy je
[15:30] m4rc3ll4 : tu jamuan hari jadi bkn present
[15:31] Jurutera : hadiah abang kasik bear ehh
[15:31] m4rc3ll4 : bear besau nak wat peyuk tido
[15:31] Jurutera : errrr
[15:31] Jurutera : amik abang je la camtu
[15:31] Jurutera : HêHê hêhê HêHê

Kat atas ni text ucapan dari abang angkatku nick Jurutera kat mIRC.
Bab gurau dan nyakat memang dia pro habis, tengok ada hati
dia nak kasi diri dia mewakili bear besar yang aku minta sebagai
hadiah..jentik sekali sampai kelate kampung halaman dia hehehe!!!


(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)


Photobucket
HuHu ni plak ucapan dari 2 orang teman ym yang baru 4 bulan berkenalan tapi cam
bertahun tahun rasanya. Aku ske layan dia owang sebab dia owang pun kecoh cam aku.
Dalam kecoh-kecoh dia owang ni jiwang juga sesekali. Banyak perkara yang kita orang
selalu cite dan bincang yang bestnya masa berbincang macam berdebat siap kasi
hujah-hujah yang bernas. Thanks both of you sebab selalu ceriakan diri cella
dan semoga persahabatan kita berkekalan hendaknya..insyaAllah.


(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)(0)

Photobucket
Ni plak ucapan dari boss rangkaian cenel-cenel bayu dimana tempat aku berchatting
dan berdj. Di topic cenel pun ada di letakkan ucapan untukku. Terima kasih bebanyak
sebab prihatin tarikh ulang tahunku.

0 Comments:

Post a Comment