Wednesday, March 31, 2010

Topic simple jer senang faham tp kompleks sket dengan apa yang terjadikat aku kelmarin (ni bahasa negeri aku yang membawa maksud semalam
atau yesterday 30 Mac 2010). Mungkin apa yang aku nak cite kat sinibiasa2 jer bagi ko orang tapi mungkin sedikit luar biasa bagi aku.

Sebelum korang tahu cite aku lebih baik aku perturunkan kat sini apayang dimaksudkan dengan persahabatan atau berkawan.

Photobucket

Istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada peringkat. selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi banyak orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.

Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:

* kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik bagi satu sama lain.* simpati dan empati.
* kejujuran, barangkali dalam keadaan-keadaan yang sulit bagi orang lain untuk
mengucapkan kebenaran* saling pengertian.


Photobucket

Tudia sedikit pengertian tentang persahbatan. Kalau nak dihuraikan dengan
terperinci tak terbaca korang plak.

Ok ni kelmarin/semalam aku melalui suatu keadaan yang membuat aku betul2
rasa tak faham, rasa keliru dan ofkos ada rasa marah. Aku kenal mamat sorang
ni dah lama hampir 3 tahun kot (tak brapa ingat sebab perhubungan kami pun
on dan off). Selalunya kami hanya tegur dan beri salam tanya kabar di screen
irc (internet relay chat)tak der pun cite lebih2 cuma gurau2 cmtu2 jer.

Kebelakangan ni jer kami chat lebih sket tanya sal diri masing2, sal kerja
dan hal2 semasa. Dah lama kami kenal baru sekarang kami nak ambik tahu hal
masing2..tak kisah ler hal tu. Dalam berchating tu ada juga keadaan dimana
ada ayat2 dia yang aku rasa tak selesa. Sikap aku kalau aku dah tak selesa
nak chat ngan seseorang aku akan tamatkan chatting untuk mengelak keadaan
yang lebih teruk. Bagi mamat ni dia dah label aku sebagai orang yang "suka
merajuk". Aku dah terang kat dia sebab2 aku selalu tamatkan sesi chatting
apabila ada ayat2 dia yang tak sedap aku nak baca dan selepas sehari dua
aku dah cool aku akan jadi cam biasa dah tak ingat lagi benda2 tu semua.

Nak dijadikan cerita petang semalam aku dapat tahu yang mamat ni asyik
ceritakan sikap aku ni dengan seseorang dan bagi dia apa yg dia cite tu
di anggap gurauan tapi aku bengang bila baca apa yg dia cite tentang sikap
aku. Aku akui aku memang cepat terasa hati tapi sebagai kawan yang belum
tahu hadi budi aku dengan lebih mendalam tak sepatutnya dia kutuk aku camtu.
Perkataan dia yang aku bengang sangat ialah "tersentap". Dia siap ulang2
letak ayat yang aku ni suka "tersentap" dan bagi aku kalau aku tersentap
bagus juga untuk dia sendiri menilai ayat2 dia yg poyo memanjang.

Walau ada sikap dia yag aku tak selesa tapi aku takder ler nak gi cite
kat sapa2 pun walau ada juga pompuan2 lain yang secara peribadi tanya
aku mamat ni orangnya jenis camner sebab bagi aku segala sikap dia adalah
amanah untuk aku pikul. Walau marah camner pun aku malas nak argue atau
bertekak dengan dia sebab bagi aku kalau ada orang yang selalu anggap
buruk kepada kita dan kita mula rasa tak selesa dengannya lebih baik kita
cari pendekatan yang lain bukannya dengan marah2 atau attack dia.

Aku coretkan disini kisah ni bukan nak mendabik dada meninggi diri
mengatakan aku betul belaka tak pernah buat salah sebab bagi aku sebagai
manusia biasa kita tak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan tapi
yang aku nak kongsi pendapat aku kat sini ialah walau serapat mana kita
berkawan dengan seseorang jangan menyangka yang kita ada terlalu banyak
HAK untuk mencampuri urusan rakan@sahabat kita. Sebaiknya kalau kita
dapati ada rakan2 kita yang kurang cemerlang atau tak bagus dari segi
sikap tegur dan nasihat ler elok2 supaya orang tu faham dan dapat menerima
teguran kita daripada menceritakan kepada orang lain. Aku tak ler sekejam
seperti yang orang lain sangka, walau apa terjadi aku tetap memaafkan
sesiapa saja yang menyakiti hati aku. Aku luahkan di dada blog kesayanganku
ni semata mata untuk menyedarkan diri aku sendiri bahawa dalam berkawan
pun aku mesti ada sikap bersedia dengan sebarang tindak tanduk kawan2 yang
sukar untuk aku fahami karektor dia orang. Kepada rakan-rakan yang selama
ini tak leh terima sikap aku tak mengapa aku tak marah dan aku sama sekali
tak berkecil hati sekiranya pandangan dan tindakan aku terhadap sebuah
persahabatan ko orang nak salah mengertikan, It's ok ai no hal!


Photobucket

0 Comments:

Post a Comment