Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Salam perkongsian dan salam ceria di hari Isnin yang indah ini.
Sedang tongkat dagu termenung dan termangu mengadap screen
terbaca ruangan seorang blogger dengan tajuk "Hidup Dengan Penuh
Kegembiraan". Rasa ada kebenaran dalam artikel yang di paparkan
so ingin berkongsi bersama dengan korang.
"kegagalan hanya terjadi sekiranya kita merasakan diri kita gagal
dan seterusnya cepat berputus asa.
Selagi kita masih hidup dan bernafas kita masih lagi berpeluang untuk
“memperbaiki kesalahan kita”, “merubah cara baru”, “mencari penyelesaian”,
“membuat pilihan baru” dan seterusnya meneruskan kejayaan yang
diidam-idamkan.
Kejayaan adalah milik anda. Apa yang perlu anda lakukan,
anda perlu berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut. Meneruskan kejayaan
tidaklah terlalu sukar sekiranya anda tahu bagaimana melakukannya.
Apa yang perlu dirungkaikan untuk mencipta kejayaan dalam kehidupan
ialah pertamanya mencari punca sesuatu kegagalan, mengkaji dari berbagai
sudut kejadian dan seterusnya mengambil langkah2 yang sesuai untuk
menandatanganinya.
Rezeki, kebahagiaan, kegembiraan , kesihatan , kedamaian dan apa jua
yang anda inginkan, sebenarnya telah pun menjadi milik anda.
Yang penting anda perlu berusaha untuk menjemput semua itu supaya
menjadi milik anda .Alangkah ruginya jika sesuatu yang telah tersedia
untuk anda, anda tidak dapat mencapai dan merasainya.
Segalanya telah tersedia, apa yang penting hargai kehidupan anda.
Hidup dengan penuh kegembiraan dan seterusnya memiliki kekayaan
yang seimbang untuk dunia dan akhirat.
Labels: Jeritan Hatiku