Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Pagi ni entah rasa cam nak gi jalan2 tengok keadaan sekeliling.
Memang hobi pun kalau rasa boring tahap maksima rasa ceria
sket bila tengok gelagat orang. Bukan sebarang tengok juga
kekadang timbul juga berbagai perasaan dalam hati.
Jalan tengok2 ni ada org gelar window shopping tapi entah lah
xder pun niat nak membeli apa2 saja jer tengok gelagat orang
dan keadaan sekeliling. Singgah saloon cuci, trim dan wat treatment
rambut sket. Around jam 2:30 perut rasa lapar singgah kat restoren
yang kira pemes giler ler kat Penang Road ni. Semua penduduk kat
Penang ni kalau tak tau kat mana restoren mamak Hameediyah kira memang
ler boleh dikategorikan seorang yg terbelakang lah sket.Restoran mamak ni dari sudut pandangan depan kedai memang simple jer tak der ler happening sangat tapi bila masuk kedalam baru lah nampak
ciri-ciri restaurant yang sebenarnya. Ruang kedai ini ada 2 bahagian iaitu dibahagian bawah berhampiran dengan rak-rak makanan yang dijual dan bahagian atas yang hanya terdapat meja2 makan yang kerusi mejanya
memang ler peshen lama yang "antik". Keseluruhan kedai dalaman kedai ini dilengkapi dengan penghawa dingin agar makanan yang di jamah tak der ler terasa bahang "pedasnya" hehe...
Untuk tengahari ni ini lah menu makanan yang aku dan rakanku pilih. Dalam
keadaan perut yang berkeroncong memang ler tak tahan tengok semua ni so apalagi
kami pun makan dengan berseleranya. Saja jer tayang image makanan yang di order
agar ko orang yang tengok terliur haha..
Labels: Jamu Selera