Saturday, May 1, 2010

1 May 2010 ~ Selamat Hari Pekerja. Semoga Semangat Meningkatkan Prestasi Kerja Akan Lebih Berkobar Kobar Dan Lebih Bersungguh Sungguh Dari Sebelumnya.

Photobucket

Orang lain mungkin plan gi jejalan atau dating sempena cuti umum ni tapi
aku lebih suka gi menambah ilmu yang ada. Sepagi hari ini aku telah menghadiri
kelas wat biskut. Hehehe mesti ko orang ingat aku ni dah tak sabaq2 nak raya kan?
Bukan camtu lah bagi aku biskut ni bukan saja sesuai di hidangkan pada musim
perayaan tapi hari2 biasa pun kalau rajin boleh saja lah!!!
Aku ni minat ler juga makan biskut especially yang isi biskutnyer rasa macam2
bukan sekadar tepung, gula & mentega. Biskut-biskut yang aku pelajari hari ini
memang terjamin cedap sebab di campurkan dengan banyak bahan2 seperti, badam,
gajus, cornflakes, chocolate chips, kelapa kering, suji, kurma, coco crunch
dan lelain lagi. Disamping itu hiasan atau topping dia pun comey2 belaka so
sesiapa nak rasa biskut ni datang ler kerumah raya nanti, insyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment