Friday, April 9, 2010

Baru habis baca novel ni yang telah berada dalam simpananku
sejak sebulan yang lalu. Selalunya novel setebal dlm linkungan
500 muka surat paling lama 3 hari aku habiskan tapi entah ler
untuk novel RUANG RINDU ni masa yang aku peruntukkan sebulan
perghhh.. lama tu. Nak dapatkan hasil bacaan yang bagus minda
dan keseluruhan tumpuan mesti all out ler tapi keadaan emosiku
sejak kebelakanan teruk sangat sbb tu aku tak berjaya menghabiskan
bacaan buku ni secepat buku2 yang aku baca dulu. Tak per janji aku
berjaya habiskan tu yang penting.

Photobucket

Ruang Rindu
Penulis: Rozita Abd Wahab
isbn: 9789831245149
RM19.90
sabah / sarawak RM22.90
504 mukasurat

"Bibir tak bisa berbicara bahasa rasa"

Sinopsis

Rasa cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati.
Begitulah yang dialami oleh Dayang Camelia seorang gadis tomboy
apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak
dikenalinya. Demi maruah keluarga, dia terpaksa meneruskan
pertunangan itu.

Suatu Hari Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru.
Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang
mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan
hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh
untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan.
Dia nekad untuk berubah meninggalkan sikap playboynya dan
memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah berjaya
menambat hatinya.`Namun kemunculan Tuan Amir yang
diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya telah
menghancurkan hati Halil.

Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya
atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia berkahwin
dengan Tuan Amir.

Hehe.. tak leh ler cite kesudahan cite ni. Why not korang gi beli
atau pinjam tapi jangan curi dah ler dan baca untuk mengetahui
kesudahan cite ni. Bukan tak nak story sampai ending cite ni
tapi skurangnya leh lah nyahut seruan kerajaan yang ingin
melahirkan masyarakat yang celik membaca so per lagi gi ler
dapatkan buku ni atau apa2 saja sumber bacaan untuk meluaskan
lagi atmosfere pengetahuan korang.

0 Comments:

Post a Comment