Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Alahaiii..terkedu dan terpana aku dengan situasi baru yang
menghimpit perasaanku. Awal pagi ni dengan tidak sengajanya
telah terbongkar satu rahsia seseorang yang aku panggil "im"
Semuanya berlaku dengan pantas dimana akhirnya aku telah
mengetahui isi hatinya. Beberapa kali aku menggelengkan kepala
tanda tidak percaya dengan apa yang sedang aku ketahui tapi
pengakuan dia sendiri telah merimaskan aku. Kenapa ler akhir2
ni lepas satu satu permasalahan diri wujud mengiringi kehidupanku?
Tak terdaya rasanya hatiku untuk menanggung bebanan yang
seberat ini. Azam tahun 2010 belum menampakkan sinarnya
yang jelas terpamir ialah awan mendung dan sesekali ribut taufan
serta angin kencang.
Di ketika ini aku dalam proses membaik pulih semangatku yang
dah hilang dek perbuatan dan layanan orang2 sekelilingku tapi
kenapa ler disaat aku masih terpinga pinga mencari satu konklusi
masalah yang bertempelan sekarang ini ada lagi perkara2 yang
tak sepatutnya berlaku..arghhh!!!
Untukmu im, tiada penjelasan yang mampu aku berikan kepadamu
Selama ni aku hargai sangat nilai persahabatan kita tapi kenapa harus
kau alihkan tujuan asal persahabatan kita? Masih kah kau ingat gelaran
yang kau berikan kepada aku. Kau gelarkan aku "penasihat" dan
"telinga setia" kau tapi hingga ke saat ini aku masih tidak percaya yang
semuanya telah berubah. Aku akui sejak kebelakangan ni kita jarang
berchatting dan bertukar tukar fikiran lantaran aku sendiri menghadapi
bertalu talu "masalah" diri. Terklan juga rasa hati bila ku ketahui alasan
sibuk dan penat adalah semata mata untuk menjauhkan diri dariku
Lupakah engkau bahawa kita banyak berkongsi cite suka dan duka
walaupun masalah yang kita kongsi kebanyakannya tidak settle tapi
ada masa2 tertentu kita rasa puas hati kerana sekurang kurangnya kita
berusaha untuk menyelesaikan masalah kita masing2.
Untuk waktu ini aku minta maaf aku tak dapat memberi sebarang jawapan
terhadap persoalan dan pertanyaan yang kau ajukan kepadaku pagi tadi.
Kebuntuan fikiran aku sudah sampai ke tahap maksima tiada ruang lagi
untuk aku menambah apa saja dalam mindaku.
Im, sebagai seorang sahabat kau terlalu baik dengan ciri2 diri kau yang
selalu faham tentang sikap aku walaupun kebanyakan dari sikap aku
kata kau adalah sikap "ngade2". Waktu kau sebut ayat "ngade2" tu
aku selalu senyum sebab aku tahu kau hanya menyakat aku tapi sekarang
ini dengan keputusan kau tak der sapa lagi yang akan menyakat aku dengan
ayat keramat kau tu. Seingat aku sepanjang aku kenal kau selama 2 tahun
banyak sudah masalah demi masalah yang aku ceritakan kepada kau tapi
sekali pun kau tak pernah memberi nasihat memburukkan mana2 pihak
Nasihat kau lebih kepada nasihat secara umum. Im..walaupun keputusan
kita berdua bukanlah hasil dari pemikiran secara mendalam tapi aku dapat
rasakan ini yang terbaik. Aku juga rapat dan mesra dengan Dib dan tak
mungkin aku atau kau akan berjaya mengharungi"nya". Percaya lah im
walau dengan siapa sekali pun aku berkawan tapi tak mungkin aku akan
menjumpai seorang kawan seperti kau.
Im..sejak dulu aku tak pernah buruk sangka terhadap kau sebab sikap kau
yang terlalu cool dan butir2 nasihat kau bernas dan berwawasan. Kau selalu
nasihatkan aku walaupun kebanyakan nasihat kau tak aku patuhi.
Im..terima kasih kerana menjadi "sahabat" yang memahami sikap aku yang
mungkin terlalu sukar bagi org lain untuk mengerti. Aku sentiasa doakan
semoga kau akan berbahagia selalu, dilimpahi rahmat hidup dalam keberkatan
Allah selalu. Aku harap sesangat kau tak kan melupakan aku kawan mu yang
banyak "kerenah". Untuk terakhir kalinya terima lah kata maaf dariku seandainya
aku telah menghampakan hatimu, MAAFKAN AKU!
Labels: Jeritan Hatiku