Monday, May 10, 2010

Dinner Kat Luar

Pada malam sabtu 8 May 2010 kami sekeluarga telah bercadang untuk
makan malam kat luar banjer parents makan sempena sambutan Hari Ibu.
Bincang punya bincang akhirnya huhuhu.. reramai bersetuju makan
seafood ala-ala western gitu kat The Manhattan Fish Market Restauran.
Perghhh nama tempat makan cam berada kat Manhattan. 1st time makan
kat sini ofkos ler kekalutan dalam memilih menu pun terjadi almaklum
lah untuk kali pertama dalam situasi nak menyambut hari bersejarah
sempena Hari Ibu dan nak satu situasi yang berjalan lancar aduhhh...
dalam kelam kabut kena hati-hati, boleh korang bayangkan camner nak
hadapi saat-saat camni?

Photobucket

Ni logo yang terdapat kat depan restaurant tu

Belek punya belek menu yang disediakan tak juga dapat keputusan
akhirnya khidmat nasihat kapten kat restauran tu yang kami perlukan.
Setelah kapten tu sok sek sok sek dok kasi penerangan dan menjawab
berbagai bagai pertanyaan akhirnya makanan-makanan yang kat bawah ni
ler yang jadi pilihan kami.

Photobucket
Mediterranean Baked Fish ni rasanya sedap juga disertakan dengan
tartar sosnyer yang pekat, kentang goreng dan nasi mentega bawah putih

Memang sedap sebab kebanyakan nyer adalah sajian berunsurkan ikan
dan digandingkan dengan makanan laut yang lain. Tapi yang paling
ketara kat sini tak perlu order banyak2 jenis sebab setiap menu
yang dihidangkan pun fulamakkk memang dalam kuantiti yang banyak
hingga termonyeh-monyeh (ayat org dolu-dolu untuk menggambarkan
keadaan peyut dah sendat dan ketat..hehehe) Let's jom tengok image
yang aku sengaja letak kat sini kasi air liur korang melelehhh..

SWEET ALABAMA SMOOTHIE
Minuman berkrim kaw2 ni memang cedap sangat-sangat
sebab penuh krim, manis dan lemak.

Pada memula tak brapa faham camner kombinasi
mentega kacang boleh menyedapkan minuman
berkrim ni. Setelah sedut 2 3 kali wow memang enak
giler dengan rasa ais krim berperisa vanilla tambah
cream putar, chocolate cair dan mentega kacang.
Ayoyo!!! sekali rasa memang tak puas so per lagi
kebanyakan dari kami memesan minuman ni walaupun
selepas habis segelas besar yang kami cari ialah air
kosong sebab dalam mulut dan rasa lekit-lekit.





PEACH TEA + COKE
Kebanyakan makanan kat sini yang berunsurkan
ikan dan makanan laut sudah semestinya
membuatkan keadaan mulut kita kurang selesa
so dengan minum minuman ini akan menyegarkan mulut. Minuman ini walaupun
di campurkan coke iaitu minuman berkarbonat
tapi rasanya lebih kepada rasa teh dan buah peach. Setelah makan banyak makanan laut
minuman sebegini ler yang patut kita cari.



FISH AND CHIP
Ni fish and chip yang belum pernah aku rasa
sebelumnya. Selalunya fish yang disediakan
dalam keadaan leper dan bersalut tapi yang
ini keadaan masih leper tapi mengembung
seolah olah cucur bawang. Kesegaran makanan
ini lebih menyerlah dengan hiasan sayur-sayur
segar, sos mayonis dan kentang goreng.
Kentang goreng kat sini isi nya gebus2 belaka
macam aku rasanya hahahaha!!! terperasan
lah plak aku ni.


MANHATTAN FISH MARKET SEAFOOD PLATTER
Taraaaaaaa!!! Ini dia menu utama yang kami semua
tertunggu tunggu. Dalam menu tu tulis platter for 2
tapi cuba tengok rasanya 5 orang makan pun cukup
lain ler kalau menjamah makanan ni dalam keadaan
perut yang kosong. Ada udang, calamari, sotong
dan ikan salut tepung, kentang goreng, sayur2an
dan nasi mentega. Cara hiasan menarik dan sebelum
di hidangkan ada satu proses yang pastinya buat
semua mata memandang tanpa berkelip kelip hehe..
nak tahu ek proses apa, tengok kat image di bawah
ni mesti tahu jawapannya.

0 Comments:

Post a Comment