Sunday, May 9, 2010

Photobucket


"Ibu..Ibu..engkaulah Ratu hatiku..
Bila ku berduka engkau hiburkan selalu..."

Terharu kan dengan 2 baris ayat lagu yang rasanya semua orang tahu
menyanyikannya tapi mungkin ada sebilangan dari kita yang tidak betul2
memahami maksud sebenar yang tersirat disebalik lirik lagu yang simple tu.

Semakin hari umur kita meningkat seiring peredaran masa. Perkara yang sesiapa pun
tidak dapat menyangkal ialah kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bergelar ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia kerana berbagai-bagai asal-usulnya.

Bersempena dengan sambutan hari Ibu di Malaysia hari ini Ahad 09 Mei 2010, di sini dipaparkan beberapa koleksi sajak, madah & kata-kata yang ditujukan kepada ibu. Sajak & madah ini telah diperolehi daripada beberapa laman blog yang saya rasa persembahan bait2 ayatnya membawa kesan mendalam bila kita membacanya.

Photobucket

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.



Sayang Ibu..
Aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti terbayangkan Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Kini ibu sudah lama tiada
sudah lama aku kehilangan Ratu hidupku
namun segala pesanan & pengorbanan masih segar dalam ingatan

Ibu aku rindukan segala-galanya tentang dirimu
walaupun aku dah cukup dewasa dan pandai menjaga diri
namun sentuhanmu juga yang masih aku dambakan

Aku doakan semoga kau sentiasa berada di sisi orang-orang
yang beriman dan hanya kenangan manis dan abadi yang akan
tersemat hingga ke akhir hayatku untukmu IBU.

Photobucket

Untukmu Ibu……

Ibu…
Kau ampunkanlah
Dosaku….
Kerana kelahiran ku
Darah mu tumpah ke bumi
Ibu…
Ampunkanlah dosaku
Kerana sakit dan sedih ku
Airmata mu membasahi pipi
Ibu…
Ampunkanlah dosaku
Dek kerana membesarkan ku
Resah gelisah kerap menyapa diri
Terima kasih ku pada mu
Kerana membesarkan ku
Kerana kasih sayang mu
Kerana bimbingan dan dorongan mu
Aku menjadi aku hari ini…
Ibu….
Doakan dan restuilah diriku agar berjaya
Mejadi ibu seperti mu jua
Melahirkan anak bangsa yang berwibawa
Setinggi gunung seluas lautan
Bukan ukuran
Pengorbananmu ibu tiada batasan
Kasih sayangmu tetap berkekalan
Doaku untuk mu ibu
Agar ALLAH memberi restu
Atas segala jasa dan bakti mu
Pahala Syurga ganjaran untuk mu

0 Comments:

Post a Comment