Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Tak dinafikan dalam pembacaan seharian tak kisah lah dari apa sekali
sumbernya sedikit sebanyak isi pati apa yang kita baca akan membuat
kita terfikir atau dalam erti kata yang lain akan membawa kesan dalam
diri kita. Berbagai aspek yang akan kita fikir dan renungkan begitulah
dengan aku sejak 23hb Februari itu hari asyik baca dam fahamkan sajak
yang disiarkan di ruang Variasari Harian Metro. Sejak memula menelaah
isi sajak ni zero yang aku fahamkan blur lagi adalah tapi sehingga
ke saat entri ini aku uploadkan dapatlah sedikit yang aku fahamkan.
Bagiku sajak sebegini rupa elok dijadikan panduan hidup sebab selalu
sangat kita asyik menyalahkan nasib terutamanya nasib yang tidak
menyebelahi kita berkilo ngomel kita tanpa kita ambik iktibar disebalik
kejadian nasib yang kita anggap kurang menyerlah ada kebaikan yang
tersembunyi cuma yang perlu kita buat ialah bukakan mata, hati dan minda
agar kita boleh menaikkan taraf nasib kita.
Sekalung tahniah di ucapakan kepada penulis sajak ini iaitu
Encik Solihin Osman, MSU, Shah Alam. Semoga beliau akan lebih berjaya
dalam menghasilkan nukilan bermutu di masa hadapan.REMBATAN NASIB
Melemparkan nasib ke ruang itu
bukan suatu akhiran
tapi sebuah permulaan
suatu drama sifarnya
nilai nilai kemanusiaan
Nasib yang terdampar itu
adalah tangisan kesilapan
dari seseorang yang disengajakan
Yang terdampar adalah pemberian
cuma, kenapa dan mengapa
lari dan bersembunyi di sebalik
selimut kejahilan.
Pemberian adalah kerana dipinta
jadi terimalah dengan suatu pemikiran
kewarasan yang menjadi penyebab
tangisan itu telah dilahirkan.
Persoalannya, untuk menyahkan tangisan
jawapannya hanya ada di tangan
si pembuat kesilapan.
Jadi, kejadian itu barangkali
ada pengajaran untuk difikirkan.
Labels: Renungan