Saturday, May 22, 2010

Samar Bayangan

Lagu Samar Bayangan (maksud terperinci : bayangan yang tak jelas) aku dengar
sewaktu berkemas kemas menerusi 1 stesyen radio retro. Aku sempat dengar masa
chorus jer masa awalan lagu ni terlepas. Lirik lagu ni memang best. Walaupun
dengar dah separuh tapi lagu ni berjaya menambat hatiku hehehe stended ler
aku kan peminat lagu jiwang karat yang setia so aper lagi aku mula mencari
kat 4shared dan Alhamdulillah aku dapat juga lagu ni, setelah tu cam biasa
aku cari lirik dia aku mula ler berkaraoke sorang2 sampai keseluruhan lirik
lagu ni meresap kedalam sanubariku. Akhirnya cam biasa aku akan pahatkan
kemas2 kat laman blog kesayanganku ni.

Samar Bayangan ~ Nicky Astria
**********************
Langkah semakin hilang jejak
Dihembus angin duka
Kini tinggal samar bayangan
Tak bisa lagi berdiri
'Tuk menatang cinta ini
Mengapa harus ku sendiri pertahankan
Cinta yang berdarah ini oh...

Hati masih merindu sedih
Walau hujan berapi
Membakar di bumi hatiku
Andainya putus katamu
Ingin pergi dariku cuma
Kau menyesali

Segalanya akan aku tempuhi
Biar pun sejuta duri
Menikam bisa hatiku
Menusuk pilu kalbuku
Akan aku teguh berdiri lagi oh..
Biarkanlah diriku sendiri
Hadapi kelukaan ini
'Kan ku sambut airmata ini
Walaupun pedihnya tiada terperi

Langkah semakin hilang jejak
Dihembus angin luka
Kini tinggal samar bayangan
Andainya putus katamu pergi
Tinggalkan daku cuma
Usahlah kau menyesali lagi


Cuba cari kat Youtube lagu dendangan Nicky Astria ni tapi tak der lah plak.
Hasil pencarian dapat ler video clip seorang peserta akhir pertandingan
Suara Jati 2005 yang namanya Raja Farah Afzal Rashid Ikram. Nyanyian dia
best juga berbakat suara power.Kalau lagu ni pemes di tahun 2005 maknanya
dah lama ler yer lagu ni berada di persada seni dan baru sekarang aku berpeluang
layan lagu ni, tak per lah better late than never tul tak?

0 Comments:

Post a Comment