Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Yesterday/Semalam/Kemarin 6hb June2010.
Macam tahun2 yang lalu tarikh ni memang ler terkenal dengan tarikh
jemputan orang buat kenduri kawin. Tertanya tanya lah juga selain
dari cuti persekelohan hujung tahun kenapalah cuti persekolahan
penggal ke-2 yakni tarikh 6hb June yang menjadi rebutan. Tahun lepas
dah tunaikan harapan 8 tuan rumah yang menjemput ke majlis perkahwinan
anak, adik dan ahli keluarga mereka. Tahun ni iaitu semalam sebanyak 11
jemputan perkahwinan dan 2 jemputan pertunangan telah di terima.
Sejak awal jam 10 pagi telah mula keluar rumah menghadiri
undangan2 yang diterima. Alhamdulillah kesemua undangan telah berjaya
di penuhi walaupun ada juga majlis2 yang di hadiri tidak dapat memenuhi
permintaan tuan rumah menjamah hidangan yang disediakan takut akan
kesuntukan masa.
Pening juga ler kepala mengatur strategi untuk cepat sampai
ke majlis2 tu semua tapi berkat kesabaran akhirnya dapat juga
di langsaikan undangan yang diterima apabila kunjungan ke majlis
terakhir ialah pada jam 6:45 petang. Walaupun agak lewat tapi kami
sekeluarga tetap di layan oleh tuan rumah yang amat memahami keadaan
kami yang harus membahagikan masa menghadiri undangan majlis2 yang
begitu banyak sekali.
Hampir tengah malam juga ler baru sampai ke rumah. Dalam perjalanan pulanghujan turun begitu lebat sekali terpaksa ler bawa keta pelan2 cam kura-kuraSampai di rumah jam menunjukkan pukul 12:30 awal pagi huhu dah pagi isninapa lagi layan kepenatan seharian dengan ZzZZzzz..
Kepada semua pengantin baru di ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" semogadiberkati Allah selalu sabar menempuh liku-liku kehidupan berumah tanggadan berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya..aminn..
Labels: Halaman Ucap Selamat