Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Yesterday 6hb June antara kunjungan aku ke majlis perkahwinan
aku telah berkesempatan mendengar beberapa buah lagu yang
di dendangkan oleh tetamu, kekawan atau ahli keluarga tuan
rumah yang begitu sporting sekali berkaraoke semata mata
sebagai hiburan sampingan untuk tetamu2 yang sedang menjamu
selera. Antara banyak2 majlis yang tersenarai, ada 2 buah
majlis yang "penyanyinya" telah berkaraoke lagu yang liriknya
aku paparkan di sini. Nak tahu kenapa lagu ini aku pilih untuk
di letakkan di dada blog jom nyanyi dulu kemudian baru baca.
BILA HATI DAH SAYANG - SCORR
Bila hati dah sayang
Semua menjadi indah
Marah bagaikan gurauan
Bencimu tak kudendami
Apalagi senyumanmu
Ku terbayang kala rindu
Tidak perlu kujelaskan
Apa yang aku inginkan
Berkasih biarlah satu
Bercinta setia di hati
Hanya itu yang kuharap
Moga hatikan bersatu
*
Sepenuh rindu hatiku merindu
Debunga cinta penuh di jiwa
Terlalu payah nak ku melupakan
Bila hati sudah sayang
Aku jadi gila bayang
Memuja bulan bintang yang membisu
Entah apa lagi kuluahkan
Untuk menyatakan cinta
Setengah nyawaku menahan
**
Mabuk cinta sakit cinta
Rindu makin menyesak
Namun orang yang di sayang
Diam bersahaja
( ulang 2X )
( ulang * sampai habis )
Sebenarnya lagu dari kumpulan Scorr ni memang aku tengah minati.
Dulu pernah juga sesekali melayan dengar lagu ni tapi waktu tu aku
tak brapa kisah sangat mungkin kebanjiran banyak lagu2 baru terutamanya
lagu2 indonesia yang lebih menarik minat untuk di hayati. Lama kelamaan
bosan lah plak dengar lagu2 indonesia so beralih pula ke lagu2 melayu
dan genre yang menjadi pilihan tentulah jiwang dan rock perlahan.
Kalau di amati betul2 lagu2 jiwang karat pun banyak juga sehingga
tak tahu yang mana yang bagus. Di samping lirik lagu yang menyentuh
perasaan, lagu jiwang juga mestilah di nyanyikan dengan penuh perasaan
baru kesannya dapat dirasai oleh pendengar. Kebetulan pulak aku baru
saja nak mengenali kumpulan2 rock kapak ni dah tentunya pengamatan
kureng sket.
Entah camner pada 1 hari sedang aku berdj ada seorang kenalan yang
telah memilih lagu ini sebagai lagu permintaannya. Cari punya cari
baru aku perasaan yang aku tidak mempunyai 1 lagu pun dari kumpulan
ini. Walaupun keesokan harinya baru aku berjaya putarkan lagu ini
sewaktu aku berdj tapi entah kenapa aku dah mula sukakan lagu ini
sebab aku pernah dengar lagu ini suatu waktu dahulu tetapi kerana
tidak tahu dan tidak ambil tahu siapakah penyanyi dan tajuk lagu ini
menjadikan aku ketinggalan meminati lagu ini.
Sekarang, lagu ni ler yang tengah aku suka kiranya menduduki carta teratas
lagu wajib dengar. Terima kasih kepada teman yang memperkenalkan lagu ini
kepadaku, len kali kalau ada lagu jiwang best2 kasitau ler lagi boleh juga
aku tumpang minat.
Labels: Kisah Dan Lagu