Saturday, October 16, 2010

Cantik tak logo kat sebelah ni?
Ini lah logo online radio BayuFm tempat di mana aku pahatkan minat & kesetiaanku yang paling dalam.

Sejarah penubuhan BayuFm bermula selepas aku dan foundernya keluar atau resign berdj dari online radio yang lain. Waktu itu kami berdua rasakan kami mampu menubuh & menyelenggarakan radio kami sendiri. Bermula dari niat ikhlas, kami telah bersusah payah merealisasikan impian kami menjadi kenyataan. Penubuhan BayuFm memang agaknya telah tersurat terpaksa mengharungi berbagai onak, duri, ranjau yang sentiasa mencari ruang untuk melemahkan semangat kami. Pada tanggal 14 July 2009 dengan resminya BayuFm telah buat pertama kalinya ke udara seiring dengan online radio yang lain. Waktu tu hanya Tuhan saja yang tahu perasaan kami berdua kerana akhirnya berkat kesungguhan lahir lah BayuFm dengan tag linenya "Gegarkan Kemeriahan Muzik Anda". Sejak hari itu hingga sekarang BayuFm dengan bot radio nya yg bewarna merah dan putih megah terpamir di antara boat2 radio yang lain di cenel2 yang telah bersetuju menjadikan radio kami sebagai sumber hiburan di cenel2 mereka. Sejak penubuhan aku dan founder lah yang mengendalikan radio, kami berdua lah yang berdj dan memutarkan lagu secara auto. Ada juga beberap orang dj yang telah bersama kami tapi untuk sekejap waktu sahaja.

Dalam mengendalikan radio macam2 juga cabaran dan dugaan yang mendatang samada dari pihak luar atau pun dalam. Mungkin telah di takdirkan bahawa aku hanya dapat berbakti terhadap BayuFm selama setahun 2 bulan 16 hari dimana pada hari ini 16/10/2010
maka berakhir sudah tugas aku berdj di BayuFm. Bohong ler kalau aku katakan yang aku tidak sedih. Sebelum ni dah banyak online radio yang telah aku tinggalkan tetapi tak ler sedih sesedih aku tinggalkan BayuFm. Aku menangis dan menangis hingga bengkak mata aku tapi aku akur dengan ketentuan takdir yang telah menentukan keadaan jadi begini so apa kan daya ku untuk menghalang kerana sesungguhnya aku tidak ada hak untuk menetap dengan lebih lama lagi. Aku akur seandainya diri aku tidak diperlukan lagi dan aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk radio kesayanganku BayuFm. Selamat tinggal sayangku BayuFm semoga tanpa aku dirimu akan lebih maju dan akan lebih bersemangat untuk tetap berdiri gagah di samping online radio yang lainnya, insyaAllah.

On Air Now: Ana Raffali ft Sohaimi Mior Hassan + Altimet - Kalau Berpacaran ~Gegarrr Bebbb..!!!~ Listener: 17/100 Dj On Air: MarCella Dj PlayList: http://radiobayufm.blogspot.com/ To Listen: http://www.bayufm.com @ http://www.bayufm.com/listen.pls For Request Type: !Bayufm Artist/Song Message YM:bayufm@ymail.com

0 Comments:

Post a Comment