Sekiah lama menyepikan diri dengan permasalahan diri yang tidak pernah habis
kini aku kembali untuk kesekian kalinya menaip bait2 ayat cerita hati dan apa saja
yang aku rasa, nampak, dengar & lihat.
Suatu waktu aku mungkin lemah, rapuh & sentiasa di temani airmata dengan berbagai
kejadian yang menimpa diri tapi Alhamdulillah aku cepat sedar bahawa selemah mana dan serapuh apa sekalipun aku harus tetap meneruskan perjalanan hidup yang sememangnya
tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada ku tapi aku sudah tidak mahu menangis lagi kerana merasa rugi membazirkan airmata dengan sikap manusia-manusia yang hanya pandai berjanji berkilo kilo tapi sedikit pun tidak memahami apa maksud sebenarnya "janji". Bagi dia orang janji hanya di ucapkan untuk meredakan keadaan dan menyelesakan orang sahaja. Aku tidak perlu peduli lagi dengan sikap orang-orang yang begini. Sekarang aku perlu teruskan apa saja yang boleh membuat aku gembira. Alhamdulillah segala penentuan Tuhan terhadapku hingga ke saat ini aku dapat faham dan terima. Terima kasih Ya Allah diatas segala petunjukmu kerana sesungguhnya Engkau maha mengetahui.
Kini aku kembali melakukan apa saja yang aku minat di dunia tenet dan nampaknya
everything go smoothly.. doaku semoga aku akan sentiasa happy dengan "tempat" dan
rakan-rakan baruku insyaAllah..amin.. kepada pendengar setiaku terima kasih kerana
masih tetap memberi sokongan kepada aku..