Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Malam ni baru sempat mengadap pc. 2 hari sudah sehingga tengahari tadi banyak urusan yang perlu dibereskan. Hari pertama raya aidil adha memang sibuk sangat2. Cam tiap-tiap tahun aktiviti di tempat penyembelihan lembu korban dah mengambil masa hingga ke petang hari...memang penat tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar cepat jer selesai kerja-kerja urusan pembahagian daging2. Malam harinya ramai2 kami telah bergotong royong masak sup, mee bandung@mee kuah & juga mee kari. Wow memang best giler rasa kuah mee maklum ler hasil dari air rebusan daging korban yang fresh. Happy sangat walaupun letih dapat menjamu selera dengan petugas2 dan jiran2...tanpa sedar 5 kilo mee habis pada jamuan malam itu. Harap2 tahun depan kalau dipanjangkan umur dapat lagi berkumpul dan menikmati kenduri yang sebegini rupa..insyaAllah.
Labels: Jamu Selera