Besar atau kecil, situasi yg menghampakan atau mengecewakan adakalanya boleh berlaku dlm kehidupan. Mengetahui bagaimana utk mengatasi akan membantu anda memastikan dapat keluar dari belenggu kehampaan atau kekecewaan itu dgn lebih mudah. Ketahuilah bagaimana...
♥ Pertama, cuba asingkan perkara-perkara baik yg berlaku dlm sesuatu situasi jika boleh. Dapatkah anda pelajari sesuatu dari yg telah berlaku dan jika berkemungkinan situasi yg serupa berlaku lagi di masa hadapan, anda akan lebih berhati-hati atas kerana anda telah punya pengalaman dari situasi yg silam?
♥ Hitung segala nikmat dan rahmat yg telah anda perolehi sebelum situasi yg menghampakan atau mengecewakan itu. Tentunya sepanjang tempoh sebelum situasi menghampakan atau mengecewakan itu berlaku, anda telah terdahulu menikmati detik indah dan bahagia. Mungkin satu perkara ini tidak akan berlaku seperti yg anda inginkan tetapi tentunya di dlm banyak masa dan keadaan dlm hidup anda, pastinya ada yg positif.
♥ Tumpukan pada situasi yg anda masih boleh mengawal. Ia mungkin bererti anda perlu mencuba lagi tetapi dlm pendekatan yg berbeza atau ia mungkin bermakna, anda perlu beredar utk sesuatu yg lain setelah anda pelajari dari situasi yg menghampakan atau mengecewakan itu.
♥ Lakukan sesuatu yg dapat melegakan tekanan akan situasi yg menghampakan atau mengecewakan itu. Ia tidak semestinya menelan belanja yg mahal - memadailah utk mengalihkan tumpuan anda agar melakukan sesuatu yg lebih produktif dari merasa terus tenggelam dlm kesedihan. Melakukan sesuatu yg anda gemar atau minat adalah antara contoh yg terbaik utk melarikan tumpuan anda seketika dari situasi yg dapat melemahkan lagi semangat.
♥ Jgn terlalu tertumpu kepada rasa risau, takut ataupun bersalah. Semua itu akan hanya menahan atau menghalang anda dari maju ke depan.
♥ Ingat, dgn masa, situasi itu akan berubah dan dlm setahun atau dua dari sekarang, situasi itu hanya sesuatu yg tidak lebih dari satu kenangan silam.
***
sumber: Rahsia Wanita