Monday, November 8, 2010

1) KEMAHUAN YANG KUAT (strong will), bak kata pepatah: "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Jadi, kita kena tanya diri sendiri dahulu sama ada kita mahu mencapai khusyuk ddlam solat atau sebaliknya.

2) Sebelum solat, sebaiknya DENGARLAH AZAN, JAWAB AZAN DAN BACA DOA LEPAS AZAN.

3) Dianjurkan BERSIWAK sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW sebelum setiap solat fardu.

4) BERWUDHUKLAH secara sempurna.

5) Pakailah PAKAIAN yang bersih.

6) Anggaplah ini SOLAT YANG TERAKHIR.

7) Fahamilah maksud bacaan dalam solat.

8) Berhenti sejenak selepas bacaan dalam solat.

9)Gunalah SUTRAH untuk menghadirkan khusyuk. Sutrah membantu mengehadkan pandangan mata, mengelakkan orang lalu di hadapan orang yang sedang bersolat dan menghalang usaha syaitan mengalihkan pandangan orang yang sedang solat.

10)MEMANDANG tempat sujud.

11)PELBAGAIKAN SURAH yang dibaca dalam solat. Mengulangi surah yang sama akan menyebabkan solat menjadi rutin yang membosankan.

Sekadar perkongsian ilmu untuk semua...
apabila kita sudah merasakan cintakan solat, terlewat sedikit sahaja pun akan menjadikan hati kita gelisah...
membayangkan andai nyawa kita diambil pada waktu kita terlewat menunaikan solat...mengalirlah air mata...
SENTIASALAH BERANGGAPAN INI SOLAT YANG TERAKHIR...WALLAHUALAM..

0 Comments:

Post a Comment