Monday, November 15, 2010

Nasi Ayamku


Dah lama tak masak salah satu dari makanan kesukaanku ni.
Sejak malam tadi dah terfikir nak masak dan makan nasi ayam hari ini.
Berkat sabar dalam kesedihan dapat juga aku siapkan. Sekarang ni aku
lebih banyak tumpukan masa di dapur sebab kini baru aku ketahui dengan
cara memasak dan mencuba resepi2 baru dapat juga menghilangkan kesedihan
di hati. Terima kasih Ya Allah kerana telah membuka mindaku untuk berfikir
kearah ini dan telah melapangkan hatiku dalam menerima segala dugaan dariMu.
Tengahari ni mesti rasa puas sebab lunch makan makanan masakan sendiri dan
petang nanti nak cuba buat kek yang resepinya aku dapati dalam salah sebuah
laman blog rakanku. Aku cuba melupakan segalanya kerana aku pasrah terima
bahawasanya keizinan Allah dalam sesuatu hal memang ada hikmah yang mungkin
waktu ini aku tidak dapat melihat dan merasanya lagi namun aku tetap redho.

0 Comments:

Post a Comment