Tuesday, December 7, 2010

Tekad


Sempena Ma'al Hijrah aku cuba mengimbas semula semua kejadian yang aku lalui seiring perjalanan kehidupan yang lebih pahit dari manisnya. Mungkin selama ni semua orang hanya memandangku secara luaran yang jelas kelihatan aku begitu tabah dan tegar mengharungi segala kejadian tapi di sebaliknya hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu betapa perit penanggungnganku. Semuanya ku pendam dan ku simpan kemas2 di sebalik sekeping hati yang terlalu sarat dengan segala permasalahan diri. Syukur Alhamdulillah walau camna derita sekali aku masih lagi dapat menilai yang mana buruk dan yang mana sebaliknya.

Hari ini seperti orang lain yang telah menyematkan segala azam dan tekad untuk kemajuan diri, keluarga, ugama & bangsa aku pun turut mencelah di antaranya bertekad di dalam hati dan semoga akan di perkenankan oleh Tuhan Yang Maha Esa..insyaAllah..

YA ALLAH seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku dan peliharalah diriku dari kecewa. Ya ALLAH berilah kekuatan untuk aku lontar bayangannya jauh dari segala yang menyelubungi diriku dan sesungguhnya YA ALLAH redhakanlah hatiku melepaskan segala tautan hati demi sebuah realiti kehidupan kerana SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI
..

0 Comments:

Post a Comment